Friday, 19 June 2009

Apa yang kamu Lihat ?


Pada zaman dahulu hiduplah dua orang jeneral perang, Cyrus dan Cagular. Cyrus adalah raja Persia yang terkenal, sedangkan Cagular adalah ketua puak suku yang sentiasa melakukan perang terus-menerus pada pasukan Cyrus dan bertekad mahu menguasai Persia.

Pasukan Cagular mampu memusnahkan kekuatan tentera Cyrus Persia sehingga membuatkan Cyrus berang karena matlamatnya untuk menguasai kawasan daerah selatan Persia sentiasa menemui kegagalan.

Akhirnya, Cyrus mengumpulkan seluruh kekuatan pasukannya dan mengepung daerah kekuasaan Cagular. Dia berjaya menangkap Cagular beserta keluargnya. Mereka lalu dibawa ke ibu kota kerajaan Persia untuk diadili dan dijatuhi hukuman.

Pada hari pengadilan, Cagular dan isterinya dibawa ke ruang pengadilan. Cagular berdiri dengan penuh keperkasaan menghadap singgasana Cyrus. Cyrus terpegun melihat gaya Cagular dan turut merasakan kesan kehebatannya. Dia telah mendengar banyak cerita tentang kehebatan Cagular.

"Apa yang akan kau lakukan bila aku menyelamatkan hidupmu?" tanya Cyrus.

"Yang mulia," jawab Cagular, "Bila Yang Mulia menyelamatkan hidup hamba, hamba akan kembali pulang dan tunduk patuh pada Yang Mulia sepanjang umur hamba."

"Apa yang akan kau lakukan bila aku menyelamatkan hidup isterimu?" tanya Cyrus lagi.

"Yang mulia, bila Yang Mulia menyelamatkan hidup isteri hamba, hamba bersedia mati untuk Yang Mulia," jawab Cagular.

Cyrus amat terkesan dengan jawapan dari Cagular. Lalu dia membebaskan Cagular dan isterinya. Bahkan ia mengangkat Cagular menjadi gabenor yang memerintah di daerah sebelah selatan.

Pada perjalanan pulang, Cagular dengan penuh kegembiraan bertanya kepada isterinya, "Isteriku, tidakkah kau lihat pintu gerbang kerajaan tadi? Tidakkah kau lihat koridor ruang pengadilan tadi? Tidakkah kau lihat kerusi singgasana tadi? Itu semuanya terbuat dari emas murni! Gila!"

Isteri Cagular terkejut mendengar pertanyaan suaminya, tetapi dia menyatakan, "Aku benar-benar tidak memperhatikan semua itu."

"Oh begitu!" tanya Cagular kehairanan, " Pelik, habis apa yang kamu lihat tadi?"

Isteri Cagular menatap mata suaminya dalam-dalam. Lalu ia berkata, "Aku hanya melihat wajah seorang lelaki yang mengatakan bahawa dia bersedia mati demi hidupku."

Apakah kita tahu untuk apa kita mahu mati? Untuk kekasih? Rumah? Negara? Keyakinan? Kebebasan? Cinta?

Tentukanlah untuk apa kita bersedia untuk mati,dan kita juga akan menemukan sebab yang sama untuk kita hidup.

Hiduplah untuk sesuatu yang kita bersedia untuk berkorban, bahkan mati pun rela, maka kita akan hidup dengan penuh keredhaan. Dari situ kita akan menemui jalan bagaimana kita mampu memperolehi kebahagiaan.


Setiap kita mempunyai pandangan yang berbeza tujuan dan matlamat kita hidup di muka bumi ini.. Untuk apa kita hidup?? Pasti anda semua ada jawapan masing-masing


Apa agaknya yang korang lihat dari gambar di atas???

Cuba teka??

Apa yang korang nampak???

Sebuah lampu tau..

Tak nampak..

Cuba tenung betul-betul..

Aku tahu mesti ada yang nampak benda lain nie
hehehehe ;)


11 comments:

azza_irah said...

salam iina..
apa kabar..
lama azza tak ke sini. blog sndiri pun semakin jarang dijengah. 2 3 arini baru rasa nak mula balik macam dulu tapi tak tahu lama mana btahan...bila dah terlampau penat mood nak blogging ilang terus.
moga iina ssentiasa dalam rahmat dan perlindungannya..

ibundo said...

salam. lamo akak tak datang sini. ompek hari kot. akak dah balik dah ni. Tudung? hehe.. jangan la kau ngengado.
Gamba tu gamba apo ha? hehe... betul ko apo yang akak nampak?

iina said...

Azza

Alhamdullilah sihat.. semoga azza pun sihat juga hendaknya.. biasalah jika dah sibuk tuh mmg kdg2 takde masa.. ;)

Kak pah

Alah kak.. den kirim pun xleh ko kak.. hehehe takpo kak sok den poei sendirik lah.. kak gmbr lampu tuh kak.. cuba kak tenung btul2 nampak ke idak tuh kak

aNIe said...

Iina..

Betul tu...kita kena tau matlamat hidup kita...dan janganlah kita mati untuk sesuatu yang sia2...


Akak pun nampak lampu ...lampu bulat

Tijah said...

yer...saya juer nampak sebiji lampu. hehee

ibundo said...

ontah. akak nampak macam orang pakai spenda tosolit ek colah buntut yo ooopsss.....

Kaktiny said...

salam iina...

cantiklah.. gambar pompuan tu sesekali aku cam ternampak muka ko pun ada gakss.. hihihihi...
cumanya kalau ranting kayu utk bibir tu naikkan skit hujungnya ke atas.. baru nampak cam ko tgh senyum..
manis jer... hihihi...

faqir said...

teman amat stuju ngn kakpah...tutttssss

iina said...

Kak Pah

dah den agak dah.. musti pokus kek tompek lain nie.. hahahaha.. lampu tuh nampak ko kak?? ;)

Tiny

Cam rupa aku ke heheheheh.. tinggi sungguh daya visualisasi ko ekk..

Faqir

ekau nie samo yo cam kak pah.. ;)

iina said...

Kak Anie..

kita hidup kena ada matlamat n tahu tanggungjawab kan kak ;).. akak nmpk lampu oklah tuh kan

Tijah

leh caye ke ekau nmpk lampu yo nie.. ekaukan mato transformers sikit.. cam tak cayo yo ekau xnmpk bondo lain tuh..

Cikgooden said...

gambar 1. pompuan...

gambar 2. pun pompuan..aku nampak la...

gambar 3. pompuan jugak..(eh, ada ker..ha ha ha)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin