Assalamualaikum,
Hari ini hatiku tergerak untuk menghasilkan blog sendiri.. sebenarnya sudah ada beberapa blog yang aku 'subcribe' tapi kebanyakkan just untuk suka-suka sahaja.. untuk blog kali ini.. rasa lebih sesuai untuk menceritakan dan merakam setiap peristiwa-peristiwa penting yang dirasakan penting yang telah atau akan aku lalui sepanjang pengajian PhD ku di bumi Glasgow.
2 hari lagi genaplah 6 bulan aku di sini.. 14 Januari 2007 aku tiba ke glasgow dan terasa terlalu cepat masa berlalu.. tak ku sangka masa bergerak pantas.. seolah baru semalam sahaja berada di bumi Tg Malim. University of Strathclyde.. di tengah bandar Glasgow... tak jauh darinya George Square.. dataran merah yang aku lalui hari-hari tiap kali turun dari bas ke universiti. Seronok juga kadang-kadang melihat tingkah laku manusia yang duduk melepak di kerusi kayu sepanjang dataran.. kadang tercuit hati melihat pasangan kekasih saling berpelukan :) .. kadang masa cuaca panas.. makin ramailah manusia yang bersidai dan berjemur ditengah panas.. tak berbaju hehehe.. tumpang tengok dan jeling-jeling jelah.. di malaysia.. bila panas begitu.. takkan ada sesiapa yang nak berjemur begitu.. lebih baik duduk dalam aircon.. dari berjemur di panas terik..
Sehari lagi aku akan menyambut hari lahirku.. kawan-kawan yang baca blog nie.. bolehlah mula mengira umur masing-masing.. kalau dikira.. umurku muda 7 jam dari waktu malaysia.. malaysia dan UK berbeza 7 jam.. sini masa berjalan lambat.. malaysia cepat 7 jam.. lainlah macam sorang tu di new zealand.. birthday dia tahun ini dia tua 4 jam dari waktu mesia dan tua 11 jam dari waktu UK.. makin nampak tualah.. oppss.. mashi.. ko sentiasa muda pada pandangan mataku hehehe..
Sebenarnya dah banyak benda terjadi sepanjang di sini.. dan sekarang musim panas.. tapi biasalah cuaca di scotland ini.. apatah lagi glasgow.. hujan panas dan angin sejuk sememangnya tidak dapat dipisahkan.. ada masa pagi panas.. tup2.. selang beberapa jam hujan turun bersama angin sejuknya..
Bulan 6 yang lepas aku memang agak sibuk sedikit.. dengan course effecitive researcher.. menghadiri postgraduate conference di Aberdeen dan postgraduate education conference di Birmingham.. Gambar-gambar nie pun diambil semasa ke sana..
Itu belum lagi dengan kisah kena submit coursework literature review sebanyak 2500-3000 perkataan untuk dapatkan 15 jam kredit seperti yang ditentukan oleh universiti. Alhamdullilah.. supervisor dah semak literature review.. adalah komen tentang beberapa bahagian yang memerlukan 'argument' yang lebih terperinci.. Katanya.. aku dalam track yang betul dan literature review aku pun on the right track.. hanya perlu penjelasan dan huraian pendapat secara lebih kritik..
Oklah sampai di sini sahaja rasanya.. nanti kita bersambung cerita semula..
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
10 years ago
4 comments:
ina..cepat mase kan..pejam celik dh 6bln kite kat UK ne...huhu lambatnye nak balik..kat sheffield ne ramai senior2 dh nak balik sblm raya ne..tinggal ler geng2 baru jer...
Rusdi.. tulah aku dah 6 bulan.. ko pun awal seminggu dari aku.. aku dah siap hantar progress report kat dekan.. dekan siap email minta laporan kemajuan phd nie.. jangan ko tak tau.. rasa cam baru sampai je.. tetiba dekan minta progress report terkejut sangat-sangat.. nasib aku dah email softcopy dan dah poskan yang hardcopy ke fakulti dengan komen dari supervisor..
Jangan kata ko rusdi.. orang kat sini silih berganti aku dengar dah viva dan semuanya minor correction.. ada yang dah pun balik malaysia.. bulan 7 nie paling ramai balik.. hby aku hmpir tiap minggu tolong orang angkat brg masuk kontena.. aihh.. macam2 diorg angkut... keta sampai 2 biji pun ada.. dahsyat.. yelah rezeki masing2 kan.. lepas tu nanti turn kita pula insyallah ;)
Ina..
Happy besday no. Aku ingat..tapi sebuk sangat sebab neighbour aku pindah. Dari Jumaat sampai Ahad sebuk tolong ngemas. Orang dah 4 tahun dok kat sini...rasanya barang2 depa 3 kali ganda barang hang kat Behrang :)
Aku punya besday ada le beberapa hari lagi... walau cam ner pun, bak kata hang...aku tetap muda di mata hang...hehhe... tak kesah le bab2 umur ni, janji sihat walafiat.. risau jugak aku mengenangkan banyak sangat penyakit2 baru la ni....apa2 pun, aku doakan agar kita sama-sama diberikan rezeki dan umur yang panjang, serta diberikan kesihatan yang baik..amin.....
Insyallah kita sama-sama berjaya.. amboi barang-barang aku kat behrang bukan ye banyak.. itu pun rasanya sok aku balik ada yang aku hantar balik kg.. aku duk sini pun takde rasa nak beli brg2 sangat sebab kenang barang yang ada dulu pun tak berguna.. aku rajin beli baju n jaket je kat sini.. sebab benda kena pakai hari-hari.. kat mesia pun baju kurung pun silih berganti..
tetiba aku terasa cam dah tua pulak.. yelah badan pun makin lama makin letih.. nak catch up study pun struggling betul.. n motivation selalu up n down.. terasa phd nie betul2 mencabar minda, fizikal dan emosi.. semualah.. bila sebut pasal sakit maybe itu satu sebab juga kot.. sini bila emosi xok.. mood study pun lari juga.. terasa sungguhlah sekarang.. dulu study lepak2.. pressure pun masih leh handle.. sini bila pressure kadang aku lost ctrl kadang2.. aku harap kita semua dapat selesaikan phd dengan mudah insyallah.. n jiwa kita kuat hadapi semua cabaran.. amin..
Post a Comment