Wednesday, 31 August 2011

Salam Merdeka 54 Tahun

Malaysian Flag at
Malaysian High Commission London
45 Belgrave Square
Westminster, London SW1X 8QT, 

United Kingdom

Salam Merdeka untuk semua anak-anak Malaysia..
Sudah 54 tahun kita merdeka..
1 Malaysia: Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera..

Moga negara kita kekal Aman & Sejahtera..
Moga kita terus mampu berbakti dan bersama membangunkan negara..
Semoga jati diri juga terus kekal sebati di jiwa..
Aku tidak lupa tanggungjawabku sebagai anak bangsa..
InsyAllah.. Masa untuk itu akan tiba..
Merdeka.. Merdeka.. Merdeka..

Salam Merdeka Raya..

Monday, 29 August 2011

Salam Aidilfitri 2011 (1432 Hijrah)


Salam Aidilfitri kepada semua rakan-rakan..

Tak kira di mana sahaja anda berada..

Yang mana dah pulang dan dalam perjalanan pulang ke kampung..
Berhati-hatilah di jalan raya..

Andai ada salah dan silap..
Selama kita bersahabat dan bergurau senda..
Jari disusun kemaafan dipohon..

Halalkan yang terlebih dan terkurang..
Maafkan segala kesilapan dan kesalahan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Dari kami di Glasgow


Thursday, 25 August 2011

Rindu..

Pada Kak Erna dan Juliet & KTS
Terima kasih atas kiriman kad hari raya..
Pada Juliet & KTS : Nanti aku cari coklat & perfume harga RM5.05sen ye ;)

Pelita di halaman rumah mak & ayah..
Aku rindu..

Monday, 22 August 2011

Bila Glasgow jadi bandar Philadelphia US..

Sejak minggu lepas lagi.. Bandar Glasgow di sekitar George Square, Council House dan sekitar kawasan berhampiran University of Strathclyde telah diubahsuai menjadi bandar Philadephia di USA..

Sebabnya ada pengambaran 'War of Zombie' yang dibintangi oleh Brad Pitt.. Maka sesaklah sekitar George Square dengan tranformasi papan tanda ala-ala bandar Philadephia dan kehadiran kenderaan seperti kereta, bas, kereta polis, trak yang didatangkan khas dari sana.

Buat masa nie belum berkesempatan lagi tengok Brad Pitt.. Apa taknya.. tiap kali ada shooting mesti penuh dengan orang.. Lebih banyak nampak kepala orang jek ahaks ;)

So enjoy the photos taken around George Square..

(Sebenarnya hampir setiap hari bila balik dari Universiti memang akan lalu George Square dan selalunya memang akan snap shot apa-apa yang ternampak di mata)

Peta Philadephia
George Square dah jadi Rittenhouse Square

Hari pertama transformasi sekitar George Square

Trak kru-kru pengambaran

Proses tukar papan tanda

Kabin untuk staf
Sempatlah intai-intai dalam tuh :)
Jalan nie memang laluan ke department  CIS

Peti surat khabar USA today


Bila petang jek George Square mesti sesak dengan orang ambil gambar
Termasuklah aku ;)

US sign post


Bas dari US

Proses tukar nama jalan
Tempat pejalan kaki pun tukar style US


Another sign post
J F Kennedy Bl
Another sign
Greggs tuh kedai sandwich fav aku ;)

United States Court House
Nampak kan Van SWAT Philadelphia Police


Masa nie ada pengambaran..
Nampak kepala orang jek yang lebihnya..

Kat dalam bangunan yang ada gerbang tuh biasanya dibuat shooting
Masa nie takde shooting..
Sajalah ambik gambar



Orang-orang yang datang melepak sambil tengok shooting

Deretan kereta yang digunakan..

Kenapa tak dibuat kat Philadelphia jek?
Tak tahulah..
Nyatanya bak kata
"The location manager for World War Z said 
Glasgow had been chosen because of its architecture, wide roads and grid layout."
Tapi apa pun kami kat Glasgow enjoy sebab dapat tengok lokasi filem ini..
Setiap hari ambil gambar pun tak kisah

Pengambaran akan tamat 31 Ogos nie..
Kalau hari raya hari tuh..
Boleh ler kot beraya kat sini
;)


Monday, 15 August 2011

Home Stadium..

Aku bukan peminat bola..
Kalau team England atau Scotland main..
Jarang sangat sebenarnya ambil tahu..
Tapi biasanya kalau turun ke sebelah England..
Kebiasaannya akan singgah ke home stadium yang glemer..
Sebabnya ada kiriman barang dari keluarga atau rakan-rakan dari tanahair..

Nak kirim barang??
Sorrylah ye..
Buat masa nie..
No more stadium trip..
But who knows in future..
Tapi confirm aku takkan beritahu kalau aku nak pergi nanti ;)


Chelsea Home Stadium
Stamford Bridge, Fulham Road,
London, SW6 1HS

 Peminat Lampard?

Manchester United 
Sir Matt Busby Way
Old Trafford
Manchester
M16 0RA

Manchester City FC
Etihad Stadium
Etihad Campus
Manchester
M11 3FF

Aku suka warna jersey Manchester City
Sebab warna biru
My fav color
Aku tahu Chelsea pun warna biru gak.. tapi entah tak minat pun ahaks ;)


Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin