Saturday, 8 December 2007

Malam di Glasgow WinterFest 2007



Lepas kerja tadi.. aku janji dengan shima nak shopping di city centre.. sambil plan nak ambil gambar di qeorge square malam nie.. tiap-tiap hari aku duk lalu GS tu tengok lampu.. tapi tak berkesempatan pulak ambil gambar.. malam nie balas dendam kejap.. sambil tengok orang main roller ski kat GS.. belum x'mas lagi tapi sambutan kat sini betul-betul macam nak raya kat mesia.. semua shopping mall buka sampai lewat malam.. kecuali malam nie ler.. bila malam jumaat.. hari gaji.. dan masa utk mat2 saleh nie p pub.. ada ler jumpa orang mabuk masa kitaorang sibuk nak bergambar.. begang betul aku dengan shima.. cakap merapu je ekekke.. last2 kitaorg pendek kan masa bergambar.. mengacau betul ler orang tu.. nak bergambar pun xsenang..
However aku berjaya juga ambil beberapa keping gambar sementara tunggu si shima datang .. lama juga aku tunggu sampai nak beku tangan aku kesejukan.. nasib xkeras jadi air batu je.. lepas tu apa lagi p berjalan sakan ler kitaorg.. akhir sampai p asda.. pastu balik dua2 sakit kaki.. aku ingat aku je yang rajin jalan shopping kat mesia.. rupanya sampai glasgow pun sama juga ekekke.. takpe jalan2 cuci mata.. sementara dah gaji nie... walaupun taklah banyak mana pun...

Monday, 19 November 2007

Laluan Perjalananku Glasgow-Aberdeen-Inverness-Fort William

Kelmarin aku, shima, hajar dan si kenit tasha berjalan bercuti ke aberdeen dan inverness.. tak terkata cantiknya pemandangan musim autumn ini.. indahnya alam ciptaan tuhan seluas mata memandang.. seronok tak terkata.. apatah lagi pergi semua geng2 pompuan je.. pakwe tak nak ikut.. apa lagi aku dengan shima berjalan sakan.. bukan setakat berjalan siap ambil gambar dalam hujan2.. sanggup redah.. dengan sikenit tasha pun join mama dia n cik ina dia sekali.. memang akan pergi lagi akan datang..

Memang aku sungguh puas hati drive kali ini selepas hampir 10 bulan tak drive kat uk nie.. sekali dapat drive terus aku bawak nissan x-trail 4wd .. lalu jalan berliku pun seronok abis.. selisih dengan lori ke bas ke.. aihhh tak rasa langsung.. cam duduk dalam limosin je ekekke..






Pandangan aku terpaku sekejap masa tiba di kawasan pergunungan.. ya allah indah sungguh pemandangan mata.. apatah lagi waktu lepas hujan.. dengan kabus awan.. dan air terjun merata-rata....






Friday, 2 November 2007

Convocation PhD



Rabu yang lepas aku temankan kak yah mengambil jubah untuk istiadat konvokesyen PhD di University Strathclyde.. seronoknya melihat orang yang sudah selesai PhD dan bergaya dengan jubah konvo. Terasa semangat berjuang untuk berjaya membara.. seronok melihat orang yang telah selesai dengan jaya.. aku berazam insyallah untuk mengikuti jejak langkah kak yah juga satu hari nanti insyallah... semoga allah permudahkan laluan menuju kejayaan.. aminnn

Sunday, 21 October 2007

Rinduku


Malam ini kala sendirian..
alunan lagu dari radio
mengusik sejenak sanubariku
mendengar ungkapan kata
kerinduan pada bonda

sedih dan senduku
mengenang bonda dan ayahanda yang jauh
kadang tidak dapat aku bendung
hati jua tidak mampu ku tanggung
namun hanya doa
sentiasa aku titipkan buatmu berdua

kala hati dan semangatku
kadang ada dan kadang alpa
mahu sahaja aku pergi
menemuimu dan mencium tanganmu
memintamu merestui aku

wahai hati..
biar ku tahan rindu ini
sampai bila aku akan tetap merindu
biar bertahun biar berzaman berlalu
aku tidak akan mampu meleraikan rindu ini
kerana ia akan sentiasa ada
selagi hayat dan diri bernyawa

Autumn di Glasgow 2007 (Sepetang di Queen Park)


Selepas selesai majlis jamuan aidilfitri.. aku, Shima, Hajar, Afikah dan Tasya beramai-ramai ke queen park mengambil gambar..

Apa lagi siap posing dengan baju raya.. walaupun hanya baju raya tahun lepas.. tapi memang bergambar sakan.. sebab sekarang nie musim gugur.. daun-daun kekuningan semuanya.. memang indah permandangan di sekitar Queen park petang tadi..




Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin