Alhamdullilah penerbangan selama 1 jam dari Glasgow ke London Luton berjalan mengikut waktunya.. Aku sempat lena dalam kapal terbang.. mata sudah tidak dapat menahan rasa mengantuk yang teramatnya. Dapat jugalah aku layan rasa mengantuk yang tidak boleh ditahan-tahan lagi. Tiba di lapangan terbang London luton.. kami mula berehat seketika dan mula masuk ke ruangan 'departure' dan terus menunggu untuk ke 'boarding gate 16' ke Istanbul. Penerbangan mengambil masa selama 3 1/2 jam. Sekali lagi aku terlena lagi.. memang seronok tidur waktu itu.. orang lain sibuk memandang kiri kanan.. tengok awan lah.. aku bantai tidur dengan lena.. hahahaha..

Tiba di pintu keluar.. terus kami terlihat seorang jejaka turki memegang kertas bertulis nama seorang rakan. Sebenarnya urusan menjemput kami dari lapangan terbang ke hotel telah kami tempah lebih awal. Alhamdullilah.. mudah lagi urusan kami kerana tidak perlu susah-susah menaiki pengangkutan awam.

Akhirnya kami sampai ke hotel pada pukul 6 lebih petang. Berehat seketika, kami keluar semula untuk makan malam di sekitar hotel. Kami makan di sebuah kedai kebab yang berhampiran. Boleh tahan jugalah harga makanan yang perlu dibayar dekat 6pound juga seorang.. Sudahlah agak sedikit bahagian makanan itu.. Di sekitar itu hanya ada kedai kebab sahaja.. Nak cari nasi memang tak ada.. Jika sesiapa yang perut nasi seperti pakwe.. elok sangatlah bawa periuk nasi jika ke Istanbul kerana agak sukar mendapatkan nasi di sana.. kalau ada pun rasa nasi di sana cukup berbeza sekali.. Kebulur nasi jugalah kami..


Selesai makan.. kami pergi ke pinggiran tepi laut di sekitar Sirkeci.. banyak deretan kapal-kapal dan gerai-gerai yang menjual 'balik ekmek' iaitu roti ikan.. ikan itu dibakar dan diletak didalam roti bersama salad.. Kerana perut sudah agak kenyang aku hanya makan ikan itu sahaja.. kebanyakannya berharga 4 lira.. lebih kurang 2 pound harganya.. Bolehlah.. tapi lain sungguh rasanya bila dimakan bersama roti.. lebih sedap makan begitu sahaja..

Selesai berjalan seketika kami berpatah balik ke hotel untuk berehat. Kami tidur dengan lena malam itu.. Bersedia untuk penjelajahan bandar Istanbul pada hari esoknya.
ina, ayam turki banyak tak kek sanun, hehe..
ReplyDeleteroti ikan? aku terbyg sandwich je.
ReplyDeletekena baca malam2 ni...tak sempat baca habis..
ReplyDeletepa pa hal pu....memang best n3 nih...
TQ sbb share..
Kak Pah
ReplyDeleteTakdo doh.. byg ayam kg pun takdo apo tah ayam turki hehehe
Juliet
mmg xde ler roti 4segi tuh.. semua roti keras.. kalau baling kek dinding pun blum tentu berderai tau.. leh buat senjata kalau nak bantai org.. wakakakah
Cikgooden
sama2.. ada smbgan lagik nie ;)
Istanbul memang best!Memang kota yg indah,romantis dan punyai identitinya sediri..
ReplyDeleteSelama saya bercuti dan menginap di Sultanahmet,nasi memang mudah didapati di mana-mana restoran.Cuma rasa yg berbeza-agak berkanji seperti nasi dagang kalau di Malaysia.
Insya-Allah 2010 pegi lagi!Istanbul-Aleppo-Damsyik-Beirut.