Pages

Sunday, 4 January 2009

Langkah Baru Semangat Baru

Esok bakal bermula semula segala-galanya.. Masa berlalu begitu pantas sekali.. dan esok juga aku akan mulakan kembali tugas dan tanggungjawab.. panaskan enjin kepala.. gerakkan badan dan tenaga.. kuatkan jiwa.. tabahkan hati.. itu azamku untuk tahun ini..

Cukuplah apa yang telah dilalui tahun 2008. Banyak peristiwa yang terjadi.. dan begitu sekejap juga aku telah berada di sini.. Semalam aku bermimpi pelik lagi.. kali ini banyak sangat rentetan peristiwanya.. aku seolah ditempatkan di sebuah tempat.. disoal bertubi-tubi.. dan aku bidas dengan ulasanku.. hingga orang yang menyoalku berkata 'your point is taken' uihhh.. aku terkesima seketika.. ada orang cakap mat saleh dalam mimpi aku.. hehehehe.. lantas aku bawa diri selepas itu kerana terlalu bosan dengan soalan-soalan yang ditanyakan.. uihhh mimpi apakah itu.. ketika aku terjaga, mimpi dan peristiwa itu masih berterusan dalam ingatan aku.. tapi melihatkan waktu yang sudah hampir ke tengahari.. aku tolak mentah-mentah mimpi itu.. nampak sangat mimpi hanyalah mainan tidur semata..

Tadi petang aku terima panggilan dari sahabat yang baru sahaja pulang dari Malaysia.. dan kemarin juga aku terima panggilan dari adikku yang juga baru pulang dari tanahair.. cemburu seketika.. dan dapat aku nikmati keseronokan pulang ke tanahair dari riak suara mereka di telefon.. namun bila difikirkan semula.. aku pun tak kurang juga.. dapat pulang ke tanahair 2 kali tahun lepas... ;) sedangkan ada insan lain yang sudah 4 tahun di sini tidak pernah sekalipun dapat pulang.. dan pastinya peluang itu aku hargai sangat-sangat..

Aku mahu bersemangat baru mulai hari esok.. perjuangan masih belum selesai.. masih banyak yang perlu diteruskan.. masih banyak yang perlu dilakukan.. Doakan aku mampu hadapi setiap cabaran dan dugaan dengan setenangnya dan sekuatnya.. Insyallah..

12 comments:

  1. Semoga semangat tu akan terus membara, cepat2 habiskan Phd dan balik mesia. Kejayaan iina akan jadi inspirasi pada saya yang hati kecik tapi cita-cita tinggi nih....

    ReplyDelete
  2. Semangat baru, azam baru dan juga baju baru, perfume baru, kasut baru, jaket baru, bear baru,hehehe.

    ReplyDelete
  3. aku 'tumpang' semangat ko buleh?.. hehehhe

    yg pastinya.. ko buat aku BERSEMANGAT untuk TERUS SENYUM..

    mmg 'senyum' tu tagline ko ler.. hehehhe.. dan aku 'adaptasikan' dlm kehidupan harian aku.. time kasih yer.. hehehhehe...

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah kak iina, kuatkan semangat anda dalam perjuangan anda...Chaiyok chaiyok...

    ReplyDelete
  5. Langkah pertama yang dimulakan pasti menjanjikan 'sesuatu' mengikut rentak langkah yang kita susun. Kekadang tersungkur jua ketika melangkah! Itu biasa. Bangun dan terus melangkah! We can do it!

    ReplyDelete
  6. Ye Kak Ina! Tahun baru semangat baru, kan? As pun dah tanam azam nak rajin sikit tahun ni. Let's do it, bebeh!

    ReplyDelete
  7. semuga kak iina teros tabah dan kuat mcm superwoman utk menghadapi hari2 mendatang..
    bila la aku nak mimpi becakap omputeh dlm mimpi macam ko kak..
    errkk? paham tak??

    ReplyDelete
  8. kak long

    Insyallah.. dimana ada kemahuan di situ ada jalan ;)

    Juliet

    semua yg ko sebut tu mmg baru kecuali ari nie semua yg aku pakai adalah yang lama.. baju lama, suwa lama, tudung lama, perfume lama, kasut lama, stokin lama, keje lama tapi semgt baru ;)

    Tiny

    senyum selalu ;)sentiasa mulakan ari dgn senyuman.. diwajah atau dihati.. ;)

    Yani

    yup chaiyok222.. kita boleh buat ;)

    Azlanlin

    selamat menempoh alam study kembali.. saing dgn cikgooden kan ;).. betul setiap langkah itu tidak selalunya kemas dan teratur adakala kita tersadung dan tersungkur.. tapi kita akan terus bingkas bangun dan teruskan langkah ;)

    Asmida

    yup betul tu.. kena rajin lagik tahun nie.. sama ngan akak..mkin risau dah hati nie ingat study

    Piah

    alah ko dtg sini ler sure ko mimpi cakap omputeh hehehehe.. akak paham ler.. thanks piah.. ko pun sama kan teruskan dgn semngt blog baru ;)

    ReplyDelete
  9. muehehehehehe... abis dah cuti ko...

    baguslah... semangat baru... harap2nya kekal smpi akhir thn...

    aku doakan ko kuat dan tabah menghadapi segala ujianNya... aminnnn

    ReplyDelete
  10. hi dear,
    tahun baru and semangat baru? bagus2 teruskan perjuangan and selamat berjaya! kite tambah ur homework sket ek.. hehehe u have been tag!

    ReplyDelete
  11. salam sis...
    good luck 4 yr undertaking...

    semoga tertunai segala azam

    amin

    ReplyDelete
  12. KTS

    aku tau ko jeles aku cuti sakan + shopping sakan gak ;) aminnn insyallah makbul doa2 ko tu.. dan aku pun doakan semoga semua yg ko impikan tercapai jua

    mummy aqeem

    adeihhh ko bg tag?? kenalah jawab nmpknya..

    Sri

    Insyallah.. sedang berazam melaksanakan sehabis baik.. sis pun sama juga teruskan kekuatan hidup ;)

    ReplyDelete

Don't be shy-shy cat to comment okay ;)