Sudah agak lama juga aku tidak menaiki bas 66 ke uni.. terasa bezanya suasana pagi ini.. rasa agak asing laluan kali ini.. walaupun baru sebulan sahaja aku tidak menaiki bas 66 ini.. tapi terasa sungguh perbezaannya.. betapa seronoknya bercuti 3 hari.. tidak lagi perlu kelam kabut bangun awal pagi ke tempat kerja.. selesai kerja meneruskan perjalanan ke CIS.. sungguh aman dan damai perasaan hari ini.. selepas ini.. entah bila lagi agaknya cuti begini boleh diperolehi.. Insyallah akan ada peluangnya nanti...
Ketika kaki melangkah melintasi dataran George Square.. Sekali lagi aku seolah rasa asing kembali.. wah lama juga tidak ku jejak kaki ke sini.. sebelum ini banyak kenangan aku di sini.. banyak juga peristiwa dan acara yang pernah aku lihat di sini.. pertemuan demi pertemuan juga pernah terjadi di sini..
Bila terbaukan udara yang begini segar dan nyaman lantas fikiran aku terus terbang ke tanahair.. berkelana ke negara orang begini.. memang begitu mudah memori itu datang bertandang ke sudut hati dan fikiran.. teringatkan kampung halaman.. segarnya udara ini seolah pagi harinya di rumah mak dan ayah di kampung.. kicauan burung-burung.. kokokan sang ayam jantan.. riuh-rendahnya bunyi ayam-ayam di keliling rumah.. bunyi meow kucing-kucing mak yang meminta makan.. Rindunya aku pada kampung.. puasa kali ini benar-benar mengamit memori lama.. aku jadi seorang perindu.. aku jadi rindu.. mana mungkin dapatku pisahkan rasa ini dengan semua kenangan itu.. aku anak kampung.. walaupun kampungku tidaklah mempunyai sawah bendang.. tali air.. hutan belantaranya.. namun suasana kampung yang dikelilingi pokok-pokok buah-buahan dan kelapa sawit di sekelilingnya.. dan tinggal bersama keluarga-keluarga yang hampir 95% adalah keturunan jawa.. keramahan mereka.. apatah lagi arwah tok adalah peneroka asal kampung itu.. malah rumah arwah tok dan nenek adalah antara rumah terawal di kampung itu.. Sudah tentunya mempunyai makna yang mendalam padaku...
Aku bersyukur.. aku mampu berada di sini.. melangkah hari demi hari di bumi asing.. di negara orang.. tidak semua orang mampu ke sini.. apatah lagi tinggal lama di sini dalam pencarian ilmu pengetahuan.. walaupun kadangkala hampir putus asa dan berserabut fikirannya.. tapi mengenangkan harapan.. impian.. tanggungjawab.. rasa-rasa itu selalunya aku tolak ke tepi sahaja..
Semalam aku mimpi balik ke Malaysia.. banyak sungguh rentetan peristiwanya.. cuba juga aku ingat kembali.. namun.. aku sendiri tidak pasti ke mana aku semalam.. yang pasti singgah ke rumah mak dan ayah di kampung ada dalam mimpi itu.. malah aku juga mimpi kembali bekerja di UPSI.. melalui hari-hari mengajar seperti biasa.. berjumpa rakan-rakan lama.. lalu bilaku bilang hari yang tinggal untuk aku terus di sini.. ahhh tidak lama lagi sahaja.. kurang dari 2 tahun aku akan berada di sini.. awal tahun 2010.. tamatlah 3 tahun tarikh sepatutnya aku berada di Glasgow ini.. jika ditambah lagi masanya.. entahlah mungkin akan lama lagi..
Sekali lagi bila memikirkan masa.. aku kembali risau.. study yang masih seolah teraba-raba.. tidak jauh kemana lagi pencarian dan jawapannya.. Ya Allah.. permudahkanlah laluan kehidupanku.. kau berikan kemurahan rezeki dan ilham dalam mencari jawapan persoalan.. kau berikan aku ilham dan idea dalam melaksanakan tugasan dan penulisan.. melihatkan rakan-rakan seorang demi seorang yang telah kembali ke Malaysia.. dan bakal juga viva tidak lama lagi.. terdetik di hati.. bila pula giliranku.. masih aku ingat lagi ketika aku temankan kak yah menyarung jubah Phd nya semasa hari konvokesyennya tahun lepas.. hatiku dibalut rasa sayu dan membara.. bila pulakah giliranku untuk menyarung jubah ini.. seronoknya melihatkan mereka yang telah selesai mengapai impian dan harapan mereka.. apatah lagi menerima segulung ijazah itu..
Apa juga aku pasti.. Allah menentukan segala-galanya.. Phd ini adalah rezeki dari Allah.. Dia sahaja yang berhak menentukan segalanya.. teringat kata-kata sahabat sekerja sebelum aku menjejak kaki ke sini.. "Phd ini 50% adalah usaha.. dan 50% adalah rezeki dari Allah" hampir semua mereka (yang telah dan sedang buat Phd ketika itu) yang aku temui mengatakan begitu. Insyallah.. kita usaha sedaya mungkin.. dan kita tawakal dengan apa yang telah kita usahakan.. kata-kata itu sentiasa aku pegang dalam diri.. Allah menentukan perjalanan hidupku.. yang tinggal padaku adalah usaha dan tenaga.. teruskan perjuangan.. teruskan kehidupan.. teruskan mencari jawapan yang selama ini masih aku cari-cari dan teraba-raba.. Ya Allah kau bukakanlah pintu ilmu dan pengetahuan.. bukalah pintu ilham dan idea.. bukakanlah mindaku supaya aku mampu terus berfikir dan berhujah ilmiah.. dan kekalkan semangat cekal dan kekuatan supaya aku tidak putus asa.. kau terbitkanlah rasa tawakal dalam diriku.. supaya aku tidak lupa diri dan tidak menyalahkan dan mengeluh leka serta hampa..
Hebat cabaran dan dugaan ini.. tapi aku akan terus berlari dan mencari.. selagi termampu dan selagi aku diberi peluang dan masa.. Insyallah.. Aku doakan buat semua sahabat-sahabatku yang kini searus seirama senada perjalanan dan perjuangannya.. kita semua sebenarnya sama perasaannya.. sama fikirannya.. Yang pasti.. jangan putus asa.. Insyallah Allah telah tetapkan rezeki buat kita semua.. Usaha dan terus berusaha.. Insyallah..
kata orang, PHD (Permanent head damage), 50% usaha, 50% rezeki Allah, 50% lagi tumpuan.ya..ker?
ReplyDeletecikgooden..
ReplyDeletelebih kurang gitu ler kira-kiranya.. tapi tak naklah permanent damage tu.. temporary takpe.. takde langsung pun lg bagus..yup betul ler tu cikgu