Entah kemana dia menghilang aku pun tidak tahu.. agak lama juga dia berbual ditelefon rancak sungguh kedengarannya.. walaupun aku tidak faham walau sebutir pun kata-katanya kecuali chai.. chai.. (ya.. ya..) aku buat tak tahu sahaja.. mula dengan menaip setiap huruf untuk dilekatkan di atas kad yang aku beli tengahari tadi.. Sedang Suthanya sibuk berbual di bilik sebelah aku gunakan ruang kapet di tengah bilik untuk membentangkan kad berkenaan dan mula meletakkan huruf-huruf berkenaan bagi mengukur ruang dan rekabentuknya..
Apabila aku tanya 'What do you think about the design and Font" kata Suthanya "I think it look like for funeral"
Gelak sakan aku dengan Suthanya.. terkena sekejap.. apalah.. "I just want to see how the letter look like when I put all together.. I know it's only black and white color" kataku sambil mencubit Suthanya.. sambil disambut dengan gelak mengada-ngadanya..
Akhirnya kami bertungkus lumus melekatkan huruf dan menyusunnya dalam barisan.. malah Suthanya juga mencipta bunga tulip dengan menggunakan kertas merah, kuning, biru, hijau dan pink.. kami saling lekat-lekatkan di ruangan yang nampak agak kosong.. memang aku bagi kredit pada Suthanya kerana sanggup temankan aku buat bina ini.. jika tidak aku pun kebuntuan untuk merekabentuknya di saat-saat akhir begini..
Kami berhenti pada pukul 9.30 malam dan mula memasak maggi hehehe.. Suthanya beli barang di Chung Ying tadi petang.. siap offer aku makan maggi lagi.. apa lagi... kami berdua pun pulun makan sebab dah kelaparan hampir 1 1/2 jam membuat bina .. itu termasuklah penat fikir apa nak letak lagi dalam bina tu.. tepat pukul 10.00 malam kami selesai makan.. memandangkan sudah pukul 10malam.. aku ajak Suthanya balik.. dalam pukul 10.10 kami pun keluar dari bangunan livingstone tower..
Syukur ada Suthanya bantu aku.. tidaklah aku pening kepala nak cari idea.. tak sangka pulak dia cukup kreatif.. hehehe.. sama-sama kan..
No comments:
Post a Comment
Don't be shy-shy cat to comment okay ;)