Sejak 3 minggu ini aku kerap membeli bunga tulip... sejak hadirnya hari valentine.. pada 14 februari yang lalu.. sehari sebelum hari tersebut.. aku sudah mula membeli bunga tulip dan diletakkan dipasu bunga.. setiap seminggu bunga itu akan ku ganti dengan bunga tulip yang baru.. dari warna pink.. merah kuning.. merah gelap dan kini ungu.. menghiasi ruang tamu.. sampai ditegur orang.. rajin kak ina hias rumah dengan bunga.. emmm.. entahlah kenapa.. tapi mungkin untuk menyambut kehadiran musim bunga tahun ini..
Aku masih belum sempat untuk ke queens park pada musim bunga ini..
Pastinya banyak bunga-bunga yang kini mula mekar dan berkembang.. sayangnya jika ia tidak dirakamkan dengan lensa kamera.. nantilah bila ada kelapangan masa.. akan ku luangkan masa untuk mengambil gambar..
Tadi semasa mengemaskini blog ini.. ku letakkan gambar pemandangan yang ku rakamkan semasa ke Inverness tempoh hari.. Dalam melalui gunung ganang.. atau dikenali sebagai highland di sini..
Selamat datang musim bunga.. agar ia menceriakan hati.. dan selamat tinggal musim sejuk.. hingga berjumpa lagi.. november nanti..
No comments:
Post a Comment
Don't be shy-shy cat to comment okay ;)