Pagi tadi sementara menunggu lif ke tingkat 11 di bangunan cis.. aku terserempak dengan George.. katanya dia ada news berkenaan dengan annual review aku.. so selepas aku letakkan barang di bilik.. aku terus rush ke bilik george..
Kemungkinan besar annual review aku akan dibuat pada penghujung bulan 2 ini.. tarikh cadangan pada 29 februari.. aku perlu buat sedikit presentation didepan supervisor aku.. george dan John serta seorang lagi reviewer dari department cis yang belum ku ketahui siapa..
Nampaknya mulai esok aku perlu detailkan lagi proposal aku.. sebab tadi aku dah dapat sedikit maklumat yang perlu aku masukkan untuk review berkenaan.. harapnya semua berjalan lancar.. dan jika masa mengizinkan aku plan nak balik malaysia maybe dalam bulan 3 atau 4 nanti selepas review.. tengoklah.. semua itu hanya perancangan.. keputusan seterusnya akan aku putuskan selepas review itu nanti..
Baguslah sekurangnya penantian aku untuk annual review aku dah tahu bila.. hanya perlu sediakan apa yang perlu.. report dah ada.. just kena siapkan dan detailkan sahaja yang hendak dilakukan.. cuma aku perlu sediakan questionnaire.. jika dapat balik aku plan nak buat pilot study.. at least di sebuah sekolah .... aku balik tak lama.. 3 minggu je kot.. sebab balik pun semata sebab nak settlekan pilot study.. dan settlekan hal keluarga aku.. pakwe.. entahlah.. balik ikut aku ke idak.. sebab keje dia susah sikit nak cuti.. maklumlah 3 tempat keje.. jenuh nak minta cuti..
seronoknya dengar kawan-kawan nak balik mesia.. rusdi.. shima.. mmm semua pakat balik mesia bulan 2 3 nie.. aku insyallah menyusul kemudian.. lepas tu hujung tahun nie balik lagi... hehhehe cam dekat je uk dan malaysia.. tapi target aku hujung tahun nie aku nak bawak mak dan ayah aku datang sini.. boleh bawak berjalan.. insyallah.. moga allah beri rezeki lebih untuk aku.. dapatlah aku simpan duit sikit untuk bawak mak dan ayah aku.. aminn
Thursday, 7 February 2008
1st Year Annual Review
Nukilan Rasa:
iina
at
20:19
1 sedang senyum-senyum
Wednesday, 6 February 2008
Happy Birthday Yayang
MyHotComments
Happy birthday to you..
May Allah bless you all the way..
Jadi anak yang baik.. dengar kata ayah dan ibu..
MyHotComments
Nukilan Rasa:
iina
at
12:59
1 sedang senyum-senyum
kerja..ohh kerja..
Semalam aku dapat call dari kak zarina.. beritahu yang dia dah dapat kerja cleaner di glasgow universiti.. sebenarnya ramai malaysian yang kerja di situ.. kerana gaji yang lebih tinggi.. cuti 30 hari setahun.. boleh ambik MC.. rate gaji £6.41 utk 1 jam.. kerja pun hanya dari pukul 6.30-9.30pg sahaja..
dia ajak aku kerja di sana.. mungkin dia nak ada kawan kot.. aku mula dulu memang ada tergerak hati untuk mohon kerja di sana.. borang dah lama pun aku ambik sejak tahun lepas lagi.. sebelum cuti xmas.. namun aku tak hantar-hantar lagi sehinggalah sekarang.. namun sejak inciden kena tegur ari tu.. aku dah mula takde mood nak kerja di situ.. kadang rasa kerja diwaktu petang hari memang agak menyusahkan.. kadang banyak seminar dan course yang tak dapat aku attend kerana terikat dengan masa kerja petang..
Hatiku berbelah bagi pula nak minta kerja di glasgow uni.. tapi tak cuba tak tahu kan.. mengenangkan untuk bangun awal pagi dan pergi kerja.. dan lepas itu terus ke uni strathclyde untuk smbg study... larat ke aku?? itu persoalannya.. kalau kerja petang seperti sekarang sekurangnya aku boleh bangun lewat sedikit.. siap2 masak dirumah.. dan terus ke universiti.. dan balik kerja terus balik ke rumah.. yelah kan kita takkan boleh dapat semua yang kita nak dengan sempurna.. ada pengorbanan yang perlu dibuat.. tak kerja pun boleh sebenarnya.. tapi sekurangnya aku dapat duit lebih sikit untuk berbelanje.. kalau hanya harapkan duit elaun.. itu terhad untuk bayar bil2.. sewa rumah.. dan macam2 lagi.. duit elaun yang ada.. aku tak sanggup rasanya berbelanje sesuatu untuk kepentingan sendiri.. rasa bersalah.. sekurangnya bila duit gaji.. aku tak rasa guilty utk belanje barang-barang yang aku minat..
entahlah.. mungkin aku patut cuba dahulu kan.. tak cuba tak tahu.. lagipun bila difikirkan aku hanya perlu tumpukan masa kerja dibelah pg sahaja.. dan petangnya aku bebas untuk study dan buat kerja-kerja lain.. nanti ku fikirkan semula
tadi aku ke Mc Cance building.. bangunan sebelah je.. ambil borang part time cleaner di strathclyde universiti.. tak tahulah.. nak apply mana hehehe.. keje cleaner pun susah nak decide.. camna lak ngan study aku lak.. banyak juga yang belum aku decide lagi nie.. semoga aku dapat buat keputusan yang terbaik utk masa study aku..
Nukilan Rasa:
iina
at
11:40
0
sedang senyum-senyum
Tuesday, 5 February 2008
Jatuh Cinta-Yanie
Hari ini aku secara tidak sengaja terdengar lagu ini dari blog kak ahnis.. terus aku suka lagu ini.. release sikit tension aku 2 ari nie..
Jatuh Cinta-Yanie
Tercipta saat tak dijangka
Sukar untuk ku percaya
Dengan pantas masa
Bawa kita berdua
Dengar lagu nyanyikanlah
Melodi yang indah
Hiburkan jiwa ku yang kini berduka lara
Alunan suara bisa mengusik jiwa
Memikat hatiku
Bila kita bersama
Mesranya berbicara
Hilang getar di dada
Saling terpesona
Namun ku takut jatuh cinta
cinta...
Terpancar kelembutan di mata
Membuat senyum mu indah
Ku lihat tingkahmu, caramu
Setia melayar mimpi
Dengar lagu nyanyikanlah
Melodi yang indah
Hiburkan jiwa ku yang kini berduka lara
Alunan suara bisa mengusik jiwa
Memikat hatiku
Kau dan aku memiliki impian
Biar berbeda jalan dan haluan
Kita berdua hadapi dugaan
Sinar harapan pastikan menjelma
Bila kita bersama
Mesranya berbicara
Hilang getar di dada
Saling terpesona
Namun ku takut jatuh cinta
Bila kita bersua
Walau pun seketika
Kau buat ku ceria
Kita saling teruja
Namun tak bermakna ku cinta
Tercipta saat tak dijangka
artis : yanie
senilagu : audi mok
senikata : nur fatima
penerbit : audi mok
Nukilan Rasa:
iina
at
20:06
0
sedang senyum-senyum
Monday, 4 February 2008
Tensionnya keje ari nie..
Hari ini badanku rasa lesu dan letih semacam.. namun masih ku kuatkan semangat ke universiti.. dalam kesejukan dan kebekuan pagi.. ku rentasi dataran george square.. ku lalui setiap sudut laluan kaki lima menuju ke department cis seperti hari-hari biasa.. pagi ini kak haizan bawa nasi lemak utk ku.. bagus juga sebab aku pun tak berselera nak makan.. lauk yang ada pun hanyalah lauk semalam.. nak masak pagi tadi malas pula.. apatah lagi pakwe awal lagi dah pergi kerja.. syukur.. masih ada juga orang ingat kat aku..
Dalam pukul 1.00ptg aku dah mula rasa letih sangat dan mengantuk.. mengenangkan kerja pukul 3.. aku buat keputusan untuk balik ke rumah.. asalnya nak pergi beli roti kat greg.. namun akhirnya aku melangkah menuju ke bus stop utk balik ke rumah.. dapat juga ku lelapkan mata dalam 30 minit.. cukup untuk membuatkan aku segar sedikit..
Hari ini aku masuk awal.. seperti selalu aku kerap juga datang awal.. dan selalunya juga aku akan pulang awal seawal 5.30ptg.. namun hari ini aku terkejut.. aku masuk tepat pukul 2.35ptg.. dan lagi 5minit ke pukul 5.45ptg aku sudah keluar.. lagipun kebiasaan aku dibenarkan untuk keluar 15 minit awal.. sudah berbulan begitu.. entah mengapa saat aku sampai ke pintu menuju ke lif.. aku ditegur oleh John.. katanya aku tak boleh lagi balik awal selagi belum pukul 6.00ptg.. terkedu aku memandang wajah John.. selalunya dialah yang suruh aku balik awal.. 5.45 ptg dia dah suruh aku balik.. katanya bos dia selalu tanya tentang waktu aku sampai dan waktu aku balik.. seingat aku.. aku datang dan balik seperti biasa.. hanya jika aku datang awal.. maka aku akan balik awal.. namun waktu 3 jam itu tetap tidak berubah.. tension betul aku selepas itu.. kadang2 aku datang awal juga.. namun aku balik lewat.. nie sekarang.. datang awal pun kena balik lewat tepat pukul 6.00ptg.. kalau begitulah.. mulai esok aku akan masuk tepat pukul 3ptg.. aku dah tak nak datang awal lagi.. buang masa je.. ingatkan kalau tidak berkira dengan masa maka mereka akan flexible dengan aku.. tapi entah mengapa hari ini.. aku ditegur hanya kerana aku keluar 20minit awal dari pukul 6.00ptg.. sedangkan aku sampai tadi pun 25 minit awal dari pukul 3.00ptg..
arghhhhhh tensionnyaa.. dalam perjalanan balik naik bas aku masih terus memikirkan peristiwa tadi.. sudah hampir 4 bulan aku bekerja di situ mengapa baru sekarang isu balik awal ini dipersoalkan.. bukannya aku tak siapkan kerja aku.. malah semua kerja aku siapkan seperti biasa.. kadang aku jadi orang terakhir yang keluar dari bangunan tu.. tutup semua lampu... set fire alarm.. buang sampah siap2... entahlah.. aku dah mula takde mood nak kerja di situ... hati aku dah mula rasa tidak selesa.. dan aku mula fikir untuk bekerja ditempat lain.. tengoklah.. esok aku nak ke HR uni strathclyde.. ada kerja kosong clenear.. kadang fikir bagus juga kerja cleaner di uni tempat aku belajar.. at least lepas kerja aku boleh terus study di department..
orang berbudi kita berbahasa.. namun kini aku sudah mula rasa tension.. tapi bila fikir semula.. aku hanya ditegur kerana keluar awal.. bukan kerana kerja aku.. kadang tak larat sebenarnya buat semua.. kerana hampir semua kerja bersih di floor tu aku yang buat sorang2.. dari bersihkan meja.. vakum.. mop lantai.. bersihkan toilet.. bersihkan kitchen.. buffing.. semua aku buat sorang2 dalam masa 3 jam.. kalau orang lain.. atau mat saleh mesti tak nak buat sorang ye.. entahlah.. ku harap aku masih ada kesabaran utk hari esok.. tengoklah esok bagaimana.. jika keadaan berterusan begitu.. aku nekad untuk berhenti kerja.. takpelah.. rezeki Allah yang tentukan.. dan Allah jua yang memberi.. aku hanya mampu berusaha dan akhirnya aku bertawakal atas apa yang telah aku usahakan
Nukilan Rasa:
iina
at
21:50
2
sedang senyum-senyum