Hari ini aku bangun dengan kepingan salji turun dengan lebatnya.. jalan dan bangunan dipenuhi dengan salji..
Ketika pakwe balik dari kerja.. aku diberitahu.. jalan penuh dengan salji yang memutih..
Kedengaran juga kenderaan jentolak dari council yang sibuk berkerja untuk membersihkan dan menolak salji ke tepi jalan bagi memudahkan kenderaan bergerak di jalan utama berhampiran rumahku..
Sebenarnya hari ini aku seperti malas untuk ke uni tapi mengenangkan temu janji dengan George hari ini pukul 11.00 pagi.. maka aku gagahkan juga.. ku telefon kak haizan tanyakan di mana dia?? rupanya dia ada kelas di department.. kelas tutorialnya.. selalu bila salji begini kak haizan pasti excited nak main salji.. bawa anak-anaknya.. semasa turunnya salji yang lepas.. anak-anaknya terlepas peluang kerana menghadiri kelas di sekolah malaysia..Aku keluar rumah dengan keadaan hujan salji yang sudah reda.. maka aku ambil peluang tersebut untuk ke queen park..
Memandangkan rumah aku sememangnya hampir sangat dengan pintu masuknya maka aku ambil peluang itu tadi untuk mengambil gambar.. apatah lagi teringatkan pesanan seorang rakan.. macam dia tahu-tahu je hari ini salji turun.. minta aku tuliskan namanya di atas salji yang memutih.. teringatkan hasrat sidia.. so aku pun ke queen's park dan ambil gambar dengan namanya ku tulis di atas jalan yang dipenuhi salji.. biar terlaksana hajat dihati.. Rupanya sudah ada bunga-bunga dafodil kuning dan ungu
tumbuh penuh di sekitar queen park..
tapi tertutup dipenuhi salji putih.. sempat jugalah mengambil gambar tadi..
Tepat pukul 11.00 tadi aku ke bilik George namun bila ku ketuk pintunya tiada jawapan... tertanya juga.. george lupa ke appointment hari ini.. mungkin juga stranded dalam train.. maklumlah salji turun dengan lebat hari ini.. lalu ku hantar email untuk appointment baru.. itulah gerak hatiku sudah mengatakan appointment hari ini seperti dibatalkan kerana tadi hatiku begitu berat sekali untuk ke uni.. tak mengapalah mungkin ada hikmahnya kan..
Saat ku tulis entri ini.. salji turun semula dengan lebatnya.. tadi semasa dalam perjalanan ke cis department.. hujan salji sudah berhenti.. dan kebanyakan jalan yang awalnya penuh dengan salji.. sudah mula mencair.. tapi kini.. salji turun kembali dengan lebat.. jika ia berterusan.. mungkin petang ini salji akan menjadi lebih tebal... kita tunggu sahaja nanti.. aku kini menunggu kak haizan , kelasnya tamat pada pukul 12.00tghri.. mungkin pulang untuk ambil gambar semula di queen park.. dan makan tengahari.. nanti ku sambung ceritaku di petang hari
Monday, 3 March 2008
Glasgow Snow kali kedua
Nukilan Rasa:
iina
at
11:15
0
sedang senyum-senyum
Sunday, 2 March 2008
Ahad yang sejuk dan panas
Pagi ini aku bangun dengan kepanasan mentari menyinari ruang tamu dan bilik.. sungguh cerah dan panas hari ini.. semalam juga begitu namun hujan dipetangnya.. teringat juga yang pakwe mengajak ku ke blochairn sunday market.. namun apabila melihatkan rumah yang penuh bersepah.. karpet yang penuh dengan unsur-unsur yang kurang sedap mata memandang.. maka ku batalkan niat untuk keluar pagi ini.. apatah lagi mengenangkan tengahari juga aku akan keluar ke rumah kak Rai.. untuk jamuan hari jadi anak kak Naz..
Selesai memasak mee goreng.. dan membersihkan dapur sikit-sikit.. aku mulakan kerja dengan mengemas rumah.. vakum semua karpet yang ada.. maklumlah rumah karpet ye memenuhi setiap ruang rumah kecuali dapur dan bilik air.. mengenangkan bilik yang ada pun 3.. belum termasuk lagi ruang tamu dan dapur.. bila mula menvakum terasalah juga.. tapi sebab dah sememangnya kerja cleaner hari-hari.. setakat nak vakum karpet rumah tu.. alah bisa tegal biasalah.. dahlah karpet dibilik dan ruang hadapan adalah berwarna biru gelap.. segala anasir asing.. memang jelas kelihatan.. bila fikiran mula berserabut begini.. melihat rumah yang bersepah membuatkan aku jadi lebih berserabut.. maka mengemas rumah menjadi satu kemestian.. puas menvakum semua karpet... terutama bilik tidur.. disini kerana kita lebih kerap mandi dengan air panas.. rambut lebih kerap gugur.. dengan itu dalam bilik tidurlah tempat yang perlu divakum dengan lebih teliti.. kerana pasti gumpalan rambut ada dimana-mana.. dan kerana karpet yang berwarna biru gelap.. memang tidak kelihatan sangat gumpalan itu.. tapi bila mula menvakumnya.. siaplah.. pasti melekat dengan banyaknya..
Selesai.. hati dan fikiran yang berserabut.. tenang seketika.. melihatkan rumah yang lebih tersusun dan kemas.. begitulah aktiviti hujung minggu.. peluang untuk mengemas rumah.. vakum pun hanya seminggu sekali sahaja.. jika ada tetamu maka akan lebih kerap lagi..
Tengahari.. hari yang panas tadi menjadi suram semula dengan turunnya hujan yang gerimis.. setelah berjanji dengan kak haizan untuk ke rumah kak rai.. kami pun mula bergerak selepas zohor.. dan sampai ke rumah kak rai lebih kurang pukul 2.30 petang... puas jugalah makan macam-macam.. pulut kuning.. bbq rib.. kek.. nasi minyak.. mee goreng mamak kak rai.. nescafe ais.. sampai tak larat nak makan lagi.. kenyang sungguh alhamdullilah.. biasa bila ada jamuan begini memang kami akan makan betul-betul.. bukan apa mengenangkan orang yang memasaknya.. dahlah semalaman memasak.. lepas tu jika tidak dimakan.. kesian pada tuan rumah.. biasalah.. aku juga sering buat jamuan.. dan memang selalu memasak.. memang akan terasa hati jika makanan yang dimasak.. tidak habis.. apatah lagi jika kita mula memasak sejak awal malam.. lagipun aku pun dah lama tak ke rumah kak rai.. memang ambil peluang ini untuk berjumpa rakan..
Sambil menyenduk lauk.. kak Pah tegur aku... katanya.. anak-anaknya beritahu mengenai kelas bahasa melayu yang aku ajar semalam.. (2 orang anak kak pah adalah student aku) beria-ria mereka memaksa kak pah untuk memujukku untuk terus mengajar mereka.. katanya kelas mereka semalam seronok sekali... aku hanya mampu tersenyum dan ketawa.. memanglah semalam terdengar mereka berkata sesama mereka.. masa 2 jam kelas dirasakan berlalu begitu sekejap sekali.. aku juga terdengar mereka berkata.. hari ini mereka belajar banyak perkara.. dalam sosek-sosek sesama mereka aku sempat juga pasang telinga .. heheheh...
Kak Pah beritahu aku yang akhirnya dia terpaksa menerangkan pada mereka yang aku hanya guru sementara sahaja.. siap beritahu lagi.. yelah cikgu Lina tu pensyarah... mana nak sama dengan guru biasa.. lagi lucu pulak aku mendengarnya namun aku tahu kak pah sudah lama sedia maklum dengan pendirianku awal dahulu.. aku hanya guru backup.. jika guru tetap yang ada.. mempunyai masalah untuk mengajar barulah aku akan datang untuk mengajar mereka.. untuk menjadikannya komitmen utama.. entahlah.. mungkin kemudian aku akan fikirkan.. jika keadaan terdesak.. dan jika sudah tidak ada guru yang dapat mengambil tugas berkenaan secara tetap..
Namun kata-kata itu tadi.. membuatkan aku terfikir.. bukanlah aku rasa bangga diri dengan pujian tadi.. malah aku kata dengan kak pah.. biarlah saya ajar sekali sekala.. kalau selalu nanti boring pulak.. sambil disambut oleh kak pah dengan senyuman.. memanglah seronok mengajar ini.. namun.. kadang aku juga bimbang.. yang seronok itu mungkin tidak lama.. namun mendengar komen begitu bukan asing padaku.. alhamdullilah jika mereka yang menerima ilmu dariku merasakan mereka selesa dan seronok dengan apa yang aku sampaikan.. kerana itulah niatku.. syukur.. sekurangnya aku dapat menyampaikan ilmu.. dan insyallah ilmu itu akan mereka gunakan sebaiknya..
Balik dari rumah kak rai.. hari menjadi suram dan mendung... inginku ajak pakwe ke queen park.. namun kerana cuaca menjadi bertambah sejuk pula.. maka ku batalkan hasrat dan hanya sekadar melepak di rumah.. bagus juga hari untuk merehatkan diri.. esok.. bermula kembali tugasan yang perlu diselesaikan..
Nukilan Rasa:
iina
at
17:01
0
sedang senyum-senyum
Happy Mother's Day
To all mums.. Happy Mother's Day..
May God bless you.. and give you strength to face challenges in everyday life..
"A mother is someone who dreams great dreams for you, but then she lets you chase the dreams you have for yourself and loves you just the same."
Teringat setahun yang lalu.. hari ibu ku sambut dengan membelikan emak kek dan sekuntum bunga.. dan kebetulan pada hari yang sama.. setelah hampir seminggu lebih ayah dimasukkan ke wad lelaki kerana menjalankan pembedahan membuang katarak.. di hospital Klang.. hari itu jugalah ayah keluar dari hospital.. kebetulan.. hari tersebut.. adikku Lan.. bawa kereta.. so ayah balik dengan kereta berkenaan dan kereta aku hanya dinaiki oleh aku dan adik bongsuku.. dalam perjalanan balik.. aku singgah ke Tesco Bukit Tinggi Klang.. dan singgah ke kedai kek.. untuk membeli kek.. dan juga KFC.. untuk dimakan bersama keluarga
Balik.. mak keheranan.. kenapa kami tak sampai-sampai lagi.. hehehe.. akhirnya adik bongsuku.. yang sungguh excited... tunjukkan kek pada emak.. dan memberinya sekuntum bunga ros merah.. tahun ini dan seperti tahun lepas juga.. hari ibu ku sambut seperti biasa.. hari ibu di malaysia disambut pada ahad kedua pada bulan mei.. namun.. jauh dalam hatiku.. doaku buat emak sentiasa ada setiap hari.. dan sentiasa ku titipkan agar emak dan ayah.. sihat serta bahgia hendaknya..
Selamat Hari Ibu buat mak tersayang..
p/s : Mana yayang nie.. tak wish mama happy mother day ke?? nie mesti kes mandi air terjun sampai lupa diri.. tak pun ikut yayah jalan-jalan makan sampai tak larat.. jangan sampai demam lagi tau.. luv u
Nukilan Rasa:
iina
at
11:53
1 sedang senyum-senyum
Selamat Tinggal Musim Sejuk
Kini musim sejuk.. winter mula meninggalkan kami.. namun sejuk dan hujan saban hari pula yang datang menimpa.. Namun musim bunga sudah mula menunjukkan muka.. bunga-bunga putih kuning dan ungu mula nampak hadir dicelah-celah rumput yang hijau.. seronok.. dan teruja.. Pepohon yang dulunya hitam rantingnya.. tanpa sehelai daun akan mula menampakkan kehijauan.. betapa pantasnya masa berlalu.. kini musim bunga sudah tiba..
Sejak 3 minggu ini aku kerap membeli bunga tulip... sejak hadirnya hari valentine.. pada 14 februari yang lalu.. sehari sebelum hari tersebut.. aku sudah mula membeli bunga tulip dan diletakkan dipasu bunga.. setiap seminggu bunga itu akan ku ganti dengan bunga tulip yang baru.. dari warna pink.. merah kuning.. merah gelap dan kini ungu.. menghiasi ruang tamu.. sampai ditegur orang.. rajin kak ina hias rumah dengan bunga.. emmm.. entahlah kenapa.. tapi mungkin untuk menyambut kehadiran musim bunga tahun ini..
Aku masih belum sempat untuk ke queens park pada musim bunga ini..
Pastinya banyak bunga-bunga yang kini mula mekar dan berkembang.. sayangnya jika ia tidak dirakamkan dengan lensa kamera.. nantilah bila ada kelapangan masa.. akan ku luangkan masa untuk mengambil gambar.. Aku hanya sempat merakamkan semasa musim gugur dan sejuk yang lalu..
Tadi semasa mengemaskini blog ini.. ku letakkan gambar pemandangan yang ku rakamkan semasa ke Inverness tempoh hari.. Dalam melalui gunung ganang.. atau dikenali sebagai highland di sini.. betapa indahnya musim sejuk ketika itu.. dengan
salji yang bertompok-tompok nun dipuncaknya.. dan masih juga aku ingat bagaimana.. pemandangan yang sama ku lihat semasa musim gugur yang lalu..
Selamat datang musim bunga.. agar ia menceriakan hati.. dan selamat tinggal musim sejuk.. hingga berjumpa lagi.. november nanti..
Nukilan Rasa:
iina
at
00:47
0
sedang senyum-senyum
Saturday, 1 March 2008
Guru ganti di SMG
Semalam aku terima panggilan telefon dari Kak Pah.. meminta aku tolong gantikan guru bahasa melayu tahap 3 .. cikgu zaironi kerana beliau ada hal yang tidak dapat dielakkan.. aku sebenarnya adalah guru 'backup'.. guru sementara yang boleh dipanggil jika guru tetap yang sedia ada mempunyai kesulitan untuk mengajar bahasa melayu pada minggu berkenaan.. seperti biasa jika diminta aku jarang sekali menolak.. kecuali jika ada hal yang sememangnya aku tidak dapat elakkan..
Dalam pukul 9.50pg aku sudah mula melangkah keluar menuju ke masjid al-farouk dimana kelas bahasa melayu bagi sekolah malaysia glasgow (SMG) dijalankan.. disebabkan aku diminta untuk mengajar kelas bahasa melayu.. ku minta modul dan rancangan mengajar harian yang telah disediakan oleh zaironi.. kena mengajar pula kata majmuk dan karangan berbentuk keperihalan.. kebanyakkan pelajar terdiri dari yang berumur 12-14tahun.. sebahagian dari mereka pernah aku ajar semasa sesi pertama dulu.. maka kebanyakkan mereka tidak asing padaku..
Kelas dimulakan dengan menyuruh pelajar membaca makna kata majmuk pada lembaran yang diberikan.. dan aku mula menerangkan makna kata majmuk.. maka wujudlah beberapa perkataan seperti.. bandar raya.. antarabangsa.. jawatankuasa.. bumiputera.. sapu tangan.. olahraga.. lemah longlai.. lemah lembut.. kakitangan.. dan berbagai lagi.. puas jugalah menerangkan setiap makna kata-kata berkenaan.. kebanyakan mereka tidak pernah mendengar beberapa kata berkenaan terutama seperti jawatankuasa.. lemah longlai.. bumiputera.. bandar raya.. seronok jugalah.. mengajar budak-budak ini.. kerana sifat mereka yang ingin tahu.. dan berani menjawab setiap soalan yang dikemukakan..
Memandangkan esok hari ibu di sini.. maka aku akhiri sesi pengajaran dengan memberikan mereka kerja rumah.. tugasan untuk membuat karangan sepanjang 2 perenggan berkenaan sambutan hari ibu yang akan mereka sambut pada esok harinya.. disamping berpesan.. jangan lupa ucapkan selamat hari ibu pada ibu masing-masing esok.. beri kad.. atau beri ciuman setidak-tidaknya..
Selesai kelas aku berjumpa dengan kak shafinaz.. dia menjemputku untuk datang ke rumah kak Rai .. majlis hari jadi anaknya Anis.. insyallah jika tidak ada hal.. aku akan sampai jugalah esok.. dan selepas kelas tadi aku pun ke city centre untuk membeli hadiah untuk majlis hari jadi esok.. kerana esok adalah hari ibu.. maka banyaklah jualan di kebanyakan kedai-kedai di city centre.. dan memang ramai sungguh orang tadi.. kebanyakannya datang bersama ibu masing-masing untuk membeli barangan.. tapi takdelah yang murah sangat pun.. sale semasa cuti xmas dan new year yang lepas jauh lebih murah lagi.. aku hanya sekadar mencuci mata dan window shopping sahaja..
Di sini (UK) hari ibu disambut pada setiap 2 Mac.. yang biasanya juga dikenali sebagai mothering sunday. Ia biasanya disambut pada hari ahad ke empat dari hari 'Lent' (3 minggu sebelum easter). Tetapi di Malaysia.. dan juga negara lain.. kebiasaannya hari ibu disambut pada ahad kedua pada bulan Mei.. (http://en.wikipedia.org/wiki/Mother) untuk mengetahui sambutan hari ibu bagi negara yang lain..
Selamat Hari Ibu bagi semua ibu-ibu.. Happy Mothers day..
Nukilan Rasa:
iina
at
17:24
0
sedang senyum-senyum