
Kini isu hebat tentang PPSMI iaitu Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris..
Sebenarnya sudah lama, aku mahu berbicara soal bahasa ini. Aku juga ada pendapatku sendiri.. Bukan sekadar subjek Matematik & Sains, sahaja dalam bahasa Inggeris malah subjek Teknologi Maklumat juga diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.
Sejak beberapa tahun yang lepas juga aku menyelia pelajar praktikum di serata sekolah seluruh malaysia dengan melihat mereka mengajar dalam bahasa itu. Sebelum itu bertahun juga aku menyelia pelajar mengajar subjek yang sama dalam bahasa melayu..
Ada peningkatan?? ada perubahan?? ada kelebihan?? Pendapat peribadiku..
Tidak ada.. sebab yang diuji semasa peperiksaan bukanlah bahasa itu.. tapi kefahaman mereka dalam menjawab soalan yang diberikan.. menghasilkan pengaturcaraan dalam bahasa pengaturcaraan yang ditentukan.. membina halaman web.. memahami konsep multimedia.. dan sebagainya..
Jika isunya kerana mahukan pelajar boleh bertutur dengan baik dalam bahasa itu.. dengan mewajibkan penggunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran itu bukanlah penyelesaiannya.. Apalah sangat masa pengajaran dan pembelajaran itu yang cukup terhad berbanding dengan penguasaan konsep subjek itu sendiri yang masih belum dapat difahami lagi..
Aku bercerita dalam konteks subjek teknologi maklumat sendiri.. sedangkan mahu belajar menggunakan komputer pun masih terkial-kial, ditambah pula hanya seminggu beberapa sekali sahaja peluang yang ada mengikuti kelas itu.. apatah lagi kebanyakan pelajar luar bandar yang tidak mampu memiliki pun komputer itu.. di sesetengah sekolah pun adakalanya sebuah komputer terpaksa dikongsi oleh beberapa orang pelajar.. inikan pula.. ditambah dengan pengajaran dalam bahasa inggeris.. jangankan cikgu praktikum yang diselia hendak mengajar juga terkial-kial.. malah cikgu teknologi maklumat (ada sesetengahnya juga bekas pelajar-pelajarku sendiri) pun terkial sama.. cuma kelebihan menggunakan bahasa itu.. ada sesetengah istilah itu dalam perisian tertentu sememangnya dibangunkan dalam bahasa inggeris..
Masyarakat boleh berkata.. mengapa nak mansuhkan.. mengapa tak nak teruskan.. padaku.. belajar matematik dan sains dalam bahasa melayu pun tidak pun sekali-kali merendahkan pengetahuan dalam bidang itu.. dan aku juga percaya ramai anak-anak malaysia yang dulunya mempelajari subjek yang sama dalam bahasa ibunda masih mampu menguasai subjek berkenaan dengan baik.. dan juga pada masa yang sama mampu juga bertutur bahasa inggeris dengan sebaiknya..
Dalam bilikku ini ada 2 orang pelajar Thailand dan Jepun.. salah seorang rakanku ibunya merupakan guru matematik di Thailand.. dan mengajar subjek berkenaan dalam bahasa Thailand.. kedua-dua mereka juga belajar di negara masing-masing dengan menggunakan bahasa ibunda mereka.. tapi kini mereka juga mampu belajar di sini dengan berbahasa inggeris dengan baik.. malah mampu berdebat dengan baik.. walaupun tidaklah sehebat iramanya dengan bangsa Inggeris, Scottish di sini.. tapi itu tidaklah menandakan bahawa ilmu yang mereka pelajari di tanahair itu ada bezanya dengan ilmu sama yang diajar sini (antara beza ketara bahasalah), perbezaan lain dan konsep sememangnya wujud tapi... itu tidak bermakna ia tidak berguna langsung..
Mungkin kerana aku dekat dengan institusi sekolah dan pengajaran.. maka sudah lama aku lihat masalah ini.. dan banyak juga kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa peningkatan itu tidaklah ketara sangat hanya beberapa peratus sahaja.. dan ada sesetengahnya hanya di propagandakan untuk tidak mempamerkan kekurangannya..
Malah dulu ayah sendiri (bekas seorang guru besar) pernah dipanggil oleh PPD selepas bersara untuk kembali mengajar di sekolah kerana guru-guru ketika itu belum cukup mantap untuk mengajar subjek berkenaan dalam bahasa inggeris. Ayah juga pernah menceritakan beberapa kelemahan perlaksanaan itu semasa ia baru diperkenalkan.. aku malas nak ulas di sini.. tapi lebih banyak yang kurang dari yang lebihnya..
Apa juga.. aku sentiasa sokong bahasa melayu.. jangankan pelajar sekolah.. kadangkala ada juga rata-rata kita ini, jika diminta untuk berucap dalam bahasa melayu formal sepenuhnya... aku sendiri pasti mesti akan cenderung untuk mencampur adukkan kedua-dua bahasa itu.. jarang sekali dapat mendengar sesuatu penyampaian menggunakan bahasa melayu tanpa sepatah pun perkataan inggeris disebut..
Ini banyak aku lihat sendiri.. dalam banyak majlis perdebatan, pembentangan atau penyampaian atau sebarang aktiviti berkumpulan.. untuk mendengar mereka yang mampu berucap dengan bahasa melayu penuh amatlah terhad.. kerana rata-rata kita selesa menyebut beberapa patah perkataan bahasa Inggeris dalam ucapan berbahasa melayu itu.. kenapa? mungkin kerana merasakan ada kelas dan imej tersendiri.. Jangankan orang lain.. kadangkala aku sendiri pun tersasul sama.. sebab itu kadang-kadang aku lebih suka.. jika mahu bertutur gunakan bahasa itu sepenuhnya.. kalau nak berbicara dalam bahasa melayu.. cakaplah sepenuhnya bahasa itu.. dan jika mahu bertutur bahasa Inggeris.. cakaplah sepenuhnya bahasa tu juga..
Tepuk dada tanya selera.. tanya hati.. tanya akal.. Padaku semua bahasa di dunia ini penting.. dan tidak ada yang paling penting.. tidak ada yang patut diagung-agungkan.. Jika kita bangsa malaysia.. Salahkah kita berbangga kerana mempunyai bahasa melayu.. yang mampu kita tuturkan bersama dikalangan semua kaum??
Teringat ketika ada satu sesi kursus yang kami hadiri di sini.. ketika itu ramai rakan-rakan dari malaysia turut sama dalam kursus itu.. dan salah seorang dari mereka adalah seorang rakan berbangsa cina dan india.. kami semua bertutur dalam bahasa melayu dengan fasih sambil bergelak ketawa.. lalu dua orang pelajar dari India dan berbangsa Scottish yang menegur kami.. Dia bertanya kepada rakanku yang berbangsa cina itu "
Anda dari mana??"Dia menjawab "
Dari malaysia"
Mereka tanya pula seorang rakan india itu.. "
Anda dari mana?"
Rakan itu juga menjawab "
Dari Malaysia"
Lantas mereka berdua itu bertanya pada kami semua.. "
Bahasa apakah yang anda semua tuturkan???"
Kami yang mendengar lantas ketawa kecil.. dan kami katakan, "
Bahasa melayu@malay language"
Seketika aku rasa bangga.. ya bahasa melayu.. bahasa kebangsaan kami
Mungkin ada yang memandang remeh isu ini.. mungkin juga ada yang mengatakan apalah sangat nak dikecoh-kecohkan.. Tapi ingat.. dari sekecil-kecil api.. mampu membinasakan sebuah rumah jika tidak berjaga-jaga.. Jika tidak kita ambil perhatian dari awal.. Padaku.. yang pincang adalah perlaksanaannya.. dan jika mahu bahasa Inggeris dikalangan pelajar ditingkatkan.. mantapkanlah kelas-kelas bahasa Inggeris di sekolah, jalankan lebih banyak aktiviti yang menarik yang mampu menarik minat pelajar menguasai bahasa itu dan biarkan sahaja subjek Matematik & Sains itu diajar dalam bahasa melayu.. Kembalikan semula pengajaran & pembelajaran (P&P) dalam bahasa melayu.. tidak ada pincangnya.. dan tidak ada lebihnya P&P dalam bahasa Inggeris..
Melihat sendiri bagaimana pengajaran itu dilaksanakan di sekolah, bertemu sendiri dengan guru-guru yang mengajar subjek berkenaan.. dan banyak lagilah rungutan lain.. pada aku apa salahnya jika kembali kepada bahasa melayu.. takde rugi walau sedikitpun.. malah semasa P&P dalam bahasa inggeris.. aku lihat betapa ramai yang mengambil kesempatan untuk membuat buku-buku rujukan baru.. membuat kelas-kelas bahasa Inggeris.. dan bukan sedikit keuntungan yang dapat dikaut dari situ.. walhal semasa P&P dalam bahasa melayu.. tidak ada pun aku lihat usaha yang sama dilaksanakan pun.. Jika anda tanya pada kebanyakan guru sekolah.. aku juga percaya hampir kebanyakannya menyokong PPSMI ini dimansuhkan.. dan pada yang mahu ia diteruskan mungkin ada agenda sendiri.. atau mungkin tidak dekat dengan sekolah dan tidak tahu permasalahan yang wujud.. Banyak lagilah cerita ceriti yang aku tahu dari pelajar-pelajar aku sendiri.. rakan-rakanku.. apatah lagi dulu kunjungan setiap semester ke sekolah dan bertemu dengan pengetua-pengetua sekolah.. aku sering juga ambil peluang bertanyakan isu ini.. dan rata-ratanya.. ada yang positif dan ada yang negatif.. tapi kelebihan dan kekurangannya itu pada aku.. tidak banyak beza pun..
Jika tidak setuju.. tak mengapa.. kerana ini hanya pendapat peribadiku.. Aku bangga menjadi anak Malaysia yang mampu berbahasa melayu dan juga mampu bertutur dalam bahasa Inggeris pada masa yang sama.. aku terasa sedikit kesal kerana aku juga kini sudah tidak mampu berbahasa banjar dan bugis dengan baik.. walaupun aku datang dari rumpun banjar di sebelah ayah dan bugis di sebelah emak.. dan ini antara sesalanku.. kerana aku kehilangan kemahiran berbahasa mengikut rumpun bangsa melayu itu..