Pages

Sunday, 15 February 2009

Menyusuri tepian laut di Gourock


Semalam aku ajak pakwe berjalan menyusuri tepian lautan menuju ke Gourock melalui Port Glasgow dan Greenock..

Sebenarnya pakwe pernah ke sini tahun 2007 memancing ikan makarel di pinggir laut Gourock.. Namun sejak itu dia tidak pernah ke sana.. kerana tidak berkesempatan dan ketika itu juga kami tidak mempunyai kereta lagi.. maklumlah tahun pertama di sini masih menyimpan duit.. dan merasakan duit yang ada lebih untuk keperluan yang lain..

Ketika sampai dipenghujung lebuhraya M8 menghampiri ke Greenock terbentang luas lautan yang saujana mata memandang.. pekan Greenock, Port Glasgow dan Gourock yang terletak berdekatan dengan pantai dan laut.. mengamit rasa yang sungguh menyeronokkan.. teringat pantai 'Port Dickson' dan teringatkan juga Pantai Morib di Banting sana.. cuma ini agak berbeza.. kerana kedudukan laut yang begitu hampir dengan pekannya.. aman dan tenang..

Sambil itu sempat jugalah kami mengintai tempat untuk memancing.. bukan untuk aku.. tapi pakwe .. dan sememangnya aku lihat orang memancing di jeti berhampiran dengan 'Newark castle'

Di penghujung lebuhraya M8 menghampiri pekan Greenock

Pekan Greenock

Sebuah rumah api di Gourock

Di sepanjang pantai di Gourock

Pelampung keselamatan yang usang.. agak-agak boleh guna lagi ke nie??

Sekawan burung-burung laut

Tempat beriadah yang berhampiran pantai di Greenock

Esplanade di Greenock

Berhampiran Newark Castle

Mari kita memancing

Dalam perjalanan balik ke Glasgow


Perjalanan dari Glasgow hanya mengambil lebih kurang 30 minit sahaja.. dalam 37km.
Tidak jauh pun.. Seronok melihatkan lautan yang luas terbentang..

10 comments:

  1. wee ai...Pekan Greenock tu cam pokan pilah la kan?
    hikhik

    ReplyDelete
  2. ina, kau mancing ke tak. Akak dah agak dah. Balik kau mesti singgah boli ikan kek pasa tu.

    ReplyDelete
  3. aku sentiasa kagum dengan keindahan alam.. jeles aku tengok ko ina, tapi takpe a.. belum rezeki aku nak gi sana, entah2 sampai tutup mata pun tak pegi.. :p

    takpe a, next month kalau ade rezeki gi tokyo.. yeeaaaaaaaaaaaaa....

    ReplyDelete
  4. Tijah

    Yolah.. pilah mano ado laut kek topi pokan yo.. pokan kocik yo.. bosa laei pilah lah

    Kak Pah

    Nan adolah kak.. den pancing kek dalam tin yo heheheh.. den survey yo dulu.. mano tau sok ado dapek beratuih.. ;)

    Faisal

    Alah aku dpt jln sebab aku study sini.. aku jgn kan singapore.. bandung pun tak p lagik tau muahahha.. tggu ler aku balik sok smpi ler aku nnti.. wah best p tokyo.. kirim fridge magnet satu tau ;)

    ReplyDelete
  5. subhanallah..
    cantekkknyer...
    tak dpt pegi.. dpt tgk gambar pon jadik laa..
    saya sker taw tgk gegambar ceni..
    mula la verangan gitu...
    dan baru dpt tengok wajah akak dgn jelas gitu...
    hehehe..

    ReplyDelete
  6. ckp ngan abang jaket itam tuh kalo nak gi mancing jgn lupa ajak aku,hahahha.

    ReplyDelete
  7. bygn aku, kalau pantai, mesti panas... mukaku yg akan jd merah terbakar.. tp bestttt...

    gourock tu seperti apa yg aku bygkan ke dak... rasa2 muka aku akan terbakar tak?? ke muka aku jd beku ??

    :D

    ReplyDelete
  8. Piah

    Akak tau sebenonya ko nak puji akak yang cantik kan kan.. jgn ler ko memalu lak nak puji ;)

    Juliet

    kalau ajak ko leh gerenti dpt byk ikan ke?? kalau byk ikan.. ko tidur pun aku paksa ikut wakakah

    KTS

    Takde ye panas.. beku sejuk lagik ada.. angin sini kuat dan sejuk bukan cam kat mesia tu ;)

    OL

    ;) memang lawa.. org ye pun lawa juga ;)

    ReplyDelete
  9. yer kak.. ko pon mmng suwitt...
    lagi suwitt kalo ko ambik gambar ko pusing ke belakang.... wakakaka.. peace!!

    ReplyDelete

Don't be shy-shy cat to comment okay ;)