
Kenapa tanggungjawab memasak itu berikan kepada wanita?? Kenapa bila seseorang wanita itu tidak pandai masak dia akan dilabelkan sebagai tidak memenuhi ciri-ciri seorang isteri yang ideal?? Wanita dilihat sebagai individu yang seharusnya lebih layak berada di ceruk dapur.. hingga ada kata-kata "Walau setinggi mana jawatan si wanita.. di ceruk dapur jugalah tempatnya". Tanyalah kebanyakan budaya negara mana pun.. pastinya wanita dilihat sebagai mereka yang sinonim dengan masakan..
Dulu semasa aku masih bekerja dengan 'Legal House', manager di situ pernah bertanya denganku
"
Did you husband cook for you?"
dan aku jawab.. "
Sometimes but mostly I'll do the cooking".
John memandang aku dengan muka yang sedikit berkerut dan berkata kembali
"
I always be the one who cook in the house, my wife never cook in her life".
Aku yang mendengar sedikit terkejut dan John sambung kata-katanya dengan pesanan
"
Your husband should cook for you.." dan aku menjawab dengan sebuah senyuman sahaja dan sebuah pemikiran.. ada kebenaran kata-katanya itu.
Tadi petang semasa aku sedang memasak tomyam (masakan yang paling aku suka.. sebab senang dan cepat), si adik berkata padaku.. "
Kak, saya nie tak pandai masaklah.. semua mak yang buat"
Aku mendengar hanya tersenyum sahaja.. dan lantas menjawab..
"
Alah yang penting mesti tahu asas memasak, cukuplah.. dan selagi boleh diterima tekak tu kira dah oklah tu kan"
Teringat kata-kata ibu saudaraku dulu.. dia pernah menceritakan padaku tentang kisah anak buahnya seorang isteri.. ketika mula kahwin.. si jejaka mengatakan tidak kisah andai si gadis tidak tahu memasak katanya "
Boleh beli kat kedai jek..tak pandai masak takpe" itu kata masa bercinta memanglah semuanya ok jek.. tapi menurut ibu saudaraku.. bila sampai ke usia meningkat tua.. si jejaka sudah mula merungut .. katanya sudah tidak tahan lagi bertahun-tahun makan kedai.. tak tahan makan luar.. dan mula teringin isterinya mula memasak sendiri makanan.. Nah?? dulunya yang tidak kisah.. kini kisah.. yelah selama mana kita tahan bertahun makan diluar.. selama mana tahan perut dengan makanan kedai yang kadangkala tidak tahu tahap kebersihannya.. tahan dengan kuantiti ajinomotonya.. tahan dengan puluhan duit yang dibazirkan.. dan kebenaran isu memasak ini juga aku lihat berlaku dalam lingkungan keluargaku sendiri.. sebuah penceraian berlaku atas dasar kerana si perempuan tidak mampu memenuhi selera dan perut si suami.. emmm..
Mengenangkan itu semua.. teringat aku semasa mula mengenali pakwe.. Aku telah diminta untuk menyediakan makanan semasa dating kami yang pertama dan beberapa dating kami selepas itu, aku diminta untuk memasak beberapa masakan tertentu.. Rasanya kalau orang lain mesti dah 'reject' pakwe camtu kan hehehehhe..

Masih aku ingat membawa bekalan nasi putih, sayur goreng, sambal sotong dan ikan goreng menaiki komuter ke Klang.. Kami duduk di tepi bukit berhampiran istana lama Klang sambil menikmati makan tengahari yang aku masak ketika itu.. itu belum lagi permintaannya untuk aku sediakan nasi minyak pada dating kami seterusnya.. hingga terpaksa aku telefon mak di kampung minta resepi.. sampai kena perli dengan mak..katanya.. "
Ko nie mintak resepi nie mesti takde orang lain yang suruh ko masak kan.. mesti si dia kan" Aku senyum sengih jelah dalam telefon menahan telinga mendengar kata-kata perli mak ketika itu ;)
Dahysat juga melayan permintaan pakwe.. itu belum lagi permintaan mee goreng.. bihun goreng.. kue tiaw goreng.. adeihh tah macam-macam lagi.. orang lain pergi dating ajak makan kat luar lepak-lepak.. aku pula pergi dating kena paksa rela masak untuk bekalan berdating kami.. namun itu hanya fasa pertama dating kami.. setelah aku 'lulus' heheheh (kalau tak lulus pun aku apa kisah pun) cuma rasa tercabar dengan permintaan yang aku kira pelik ketika itu kerana belum pernah lagi ada lelaki yang meminta aku memasak untuk mereka kerana.. kebanyakan pakwe-pakwe lain sebelum ini yang aku kenali.. kebanyakannya pandai masak dan malah ada pernah memasak untuk aku ;)
Namun aku bersyukur kerana pakwe aku sememang pandai masak.. dan bukan setakat itu malah mampu buat kuih sendiri ketika aku sibuk dengan study.. Siapa kata wanita sahaja yang perlu tahu memasak.. lelaki pun sama.. bukankah nanti memudahkan urusan rumah tangga bersama.. tidaklah tanggungjawab itu digalas oleh sebelah pihak.. Namun hingga kini aku pasti seronok andai ada permintaannya meminta aku masak
"Na.. buat laksa abang nak makan"
"Na.. buat rendang daging abang teringinlah"
"Na.. buat ayam goreng KFC abang nak makan"
"Na.. goreng mee.. abang laparlah"
"Na.. masak ayam masak lemak cili api"
"Na.. buat maggi goreng"
Semua permintaan itu pastinya akan aku turutkan dan teringat pesanan mak semasa aku mula kawin dulu.. ada 3 perkara yang perlu aku jaga kata mak
"1- Jaga makannya.. masaklah makanan kegemarannya.. layan dia makan berhidang dan jangan sekali-kali biarkan dia makan tanpa berhidang" - Yang ini kadangkala kalau sempat aku hidanglah.. kalau tak sempat dia ambil sendiri dari periuk.. selalunya aku akan cuba hidang makanan itu di atas meja jika kelapangan ;)
"2- Jangan sekali-kali merendahkan martabatnya.. jangan sekali-kali membangga diri dengan kelebihan akademik.. kerja yang diperolehi.. mentang-mentang ko belajar tinggi dari dia.. ko ungkit segalanya.. bangga diri.. jangan sekali-kali buat begitu"
"3- Jaga hubungan zahir batin.. terutama yang batin itu.. penuhi kehendaknya.. kerana lelaki ini mudah bosan dan cari lain andai tidak dipenuhi.."
3 perkara ini sentiasa aku pegang.. dan aku sentiasa ingat pesanan mak padaku.. Mungkin korang ada pesanan lain yang kita dapat kongsikan bersama ;)
Ya wanita dan masakan tidak dapat dipisahkan.. kita tak perlu menjadi chef terkenal dan glamour untuk menambat hati suami.. cukuplah dapat memenuhi citarasanya... dan memasak makanan kegemarannya ;) tapi andai dapat si suami pula memasak sekali sekala bagi meringankan bebanan isteri.. pun sudah cukup bermakna buat si isteri dan tiap kali dia sediakan makanan itu... pastinya sebuah ciuman manis akan singgah sebagai ucapan terima kasih ;) terutama bila kesibukan study melanda.. dan tumpuan seharusnya diberikan lebih banyak pada saat-saat yang benar-benar sibuk.. ketika ini bantuan begitu amatlah aku hargai sangat-sangat
Soalan yang sentiasa berlegar dalam kepalaku tiap kali dalam perjalanan balik ke rumah dari universiti
"
Hari ini nak masak apa ekk"
Itulah wanita dan masakan...