Saturday 25 February 2012

Hari-hari terakhir musim bunga di Glasgow





Location: Queens Park, Glasgow
Date : 24 February 2012

Mungkin ini kali terakhir sesi snap shot di taman ini...
Selamat Tinggal Glasgow
dan Selamat pulang ke Malaysia..

Thursday 23 February 2012

Aku dan Glasgow 4






Wajah-wajah salji memutih di sekitar Glasgow..

Tuesday 21 February 2012

Kisah si coklat manis berkrim..

Ketika menikmati coklat ini.. Aku pasti tersenyum mengenangkan kisah persahabatan yang datang bersama rasa coklat yang manis ini..



Suatu hari.. Ketika 2 orang sahabat baik sedang berjalan kaki untuk membeli barang di kedai Tj Hughes.. Salah seorang sahabat yang bernama Suthanya secara tiba-tiba teringin untuk makan coklat... Dia lalu bertanya kepada sahabat bernama Kanako.. meminta izin untuk singgah di kedai 'Poundland' untuk membeli coklat yang dia inginkan..

Itulah pertama kali Kanako melihat coklat yang dibeli oleh Suthanya.. lalu dengan baik hati Suthanya pun menawarkan kepada Kanako untuk merasa coklat ini.. Kanako mengambilnya dengan gembira dan mula merasa coklat itu.. lantas dia pun berkata..

"Coklat ini sedap dan manis lah"

"Sedapkan coklat ini.. coklat kegemaran saya" kata Suthanya sambil tersenyum..

Mereka pun meneruskan perjalanan mereka dan persahabatan mereka terus terbina selama hampir setahun lamanya..

Akhirnya...

Tibalah saat yang menyedihkan buat 2 sahabat itu.. Kanako perlu pulang semula ke Jepun untuk menghabiskan pengajiannya... dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum dia berangkat pergi..

Dalam hari-hari terakhir mereka bersama.. Sekali lagi 2 sahabat ini keluar ke bandar.. Ketika melalui supermarket 'Sainsbury' di tengah bandar Glasgow.. Kanako secara tiba-tiba bersuara..

"Saya nak singgah ke Sainsbury untuk beli coklatlah.. saya nak beli untuk kawan baik saya.."

"Ok.. Boleh sahaja.. Jomlah" jawab Suthanya dengan mesra

Maka mereka berdua pun masuklah ke dalam Sainsbury Central. Kanako pun mula mengambil beberapa pek coklat dan terus ke kaunter pembayaran..

Selesai membayar harga coklat tersebut.. Ketika berjalan keluar dari Sainsbury itu.. tiba-tiba Kanako menghentikan langkahnya lalu berkata kepada Suthanya..

"Nah.. ini coklat untuk kamu.."

"Eh kenapa beri pada saya.. kan tadi kamu kata nak beli coklat ini untuk kawan baik kamu" Suthanya berkata dengan nada terkejut..

"Memanglah saya beli untuk kawan baik saya.. Kamulah kawan baik saya.."

"Lagipun saya ingat.. kamu memang suka makan coklat nie.. sebab itulah saya belikan untuk kamu.."kata Kanako lagi...

Suthanya terus tergelak dan menerima pemberian coklat itu dengan ucapan terima kasih dan mereka pun meneruskan perjalanan mereka pulang ke rumah..

Moral of the story..

Mungkin cerita ini biasa-biasa sahaja.. tidak ada istimewanya si coklat manis ini.. melainkan dengan rasanya yang sedap, ranggup dan berkrim..

Namun sebenarnya ada nilai persahabatan yang datang bersama coklat ini... Kisah seorang sahabat yang sentiasa ingat kegemaran sahabatnya... dan cara dia membelikan coklat kegemarannya dengan cara mengejutkan begitu.. buat aku tersenyum bila cerita ini diberitahu kepada aku... Sebab itu setiap kali aku menikmati coklat ini.. kisah 2 sahabat ini sentiasa buatkan aku tersenyum.. Apalah sangat beli coklat.. tapi bukan soal beli coklat itu yang aku nak kongsikan.. tetapi cara Kanako menghargai persahabatan itu yang aku mahu kongsikan..

Mereka berdua ini adalah sahabat baik aku... Seorang dari Thailand dan seorang lagi dari Jepun.. dan kini mereka telah pun pulang ke negara masing-masing.. dan InsyAllah... Aku pun akan menyusul pulang tidak lama lagi... Blog Aku dan Glasgow.. mungkin akan bertukar namanya nanti...

Kenangan ketika bersama di musim luruh penghujung tahun 2009..
Game, Kanako, Aku dan Suthanya..
Location : Princess Garden, Edinburgh

Thursday 16 February 2012

Aku dan Glasgow 3


Victoria Road, Glasgow

Albert Road,
Glasgow

Di jalan ini aku susuri..
Meniti hari demi hari..
Walau apa pun musim silih berganti..
Rutin kehidupan tetap dilalui..

Thursday 9 February 2012

Aku dan Glasgow 2

Autumn 2007

Salji di bulan Februari 2008

Salji di bulan March 2008, sebulan selepas salji pertama di bulan Februari



Sehari selepas..


Musim Panas Tahun 2008

Location : Queens Park, Glasgow
Wajah-wajahnya pada musim gugur, bersalji dan panas menghijau..

Thursday 2 February 2012

Aku dan Glasgow 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Maaf agak lama tidak mengemaskini blog ini.. Alasannya?? Pada mereka yang mengenali aku.. sudah tentu tahu kesibukan aku dengan rutin dan jadual study aku yang padat menghadkan idea malah mood untuk aku berblog di sini.. Sebab itu kadangkala.. aku lebih suka gemar berdiam diri buat sementara waktu dan memberikan perhatian yang lebih penting pada tugasan dan tanggungjawab utama..

Bermula hari ini.. selain daripada episod 'Warna & Cahaya' yang menjadi tajuk-tajuk utama di blog ini.. Aku akan juga mulakan foto bersiri 'Aku & Glasgow'.. Koleksi foto ini datangnya dari semua koleksi foto yang telah aku rakamkan sepanjang berada di bumi Glasgow ini.. Harapnya nanti.. ia dapat mengubati rasa-rasa rindu pada sahabat-sahabat yang pernah berkelana dan merantau ke sini...

Buat mereka yang sentiasa rindukan Glasgow.. Koleksi foto-foto ini adalah untuk kalian... Aku pasti ianya tidak dapat mengubati semua rasa rindu kalian.. tapi setidak-tidaknya.. ianya mampu mengusik sedikit ruang memori dengan mengingati detik-detik indah.. suka mahupun duka.. tatkala kita pernah bersama suatu ketika dulu.. Majoriti foto-foto koleksi yang pernah aku paparkan diambil ketika kembara bersama sahabat-sahabat tersayang..

Nikmatilah dan hayatilah setiap satunya.. Setiap foto itu bukan sekadar foto biasa.. tapi bersama itu datang juga satu kenangan dan juga cerita di dalamnya...


Glasgow River Festival 2007
Location : River Clyde, Glasgow

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin