Sunday 18 December 2011

Warna & Cahaya 14

Alhamdullilah.. kini tinggal 13 hari lagi menjelangnya tahun 2012.. Rasa macam baru sahaja menyambut tahun 2011 lewat hujung tahun lepas.. kini diam tak diam dah nak masuk tahun 2012 pula..

Jumaat yang lalu bumi Scotland menerima tetamu salju buat kali kedua.. kali pertama disambut pada hari Isnin minggu lepas dengan kepingan salji yang turun lebat hingga ke tengahari.. Jumaat pula salji turun sejak awal pagi tapi cair menjelang petangnya.. Hujan lebat yang turun turut menyebabkan salji yang datang itu dibawa pergi.. Apa jua aku pasti salji itu akan terus menjadi tetamu setia sepanjang musim sejuk ini.. Just expect the unexpected..

Aku juga sedia maklum cuaca di tanahair lewat masa kini turut hujan sepanjang hari.. sampai beberapa kawasan sekitar KL pun banjir.. Ye cuaca pun tak menentu sekarang nie.. Begitu juga buat kami kat sini.. Cuma doa aku.. biarlah salji tahun ini tidak seteruk tahun lepas.. tapi perancangan Allah kita tidak tahu.. Apa juga segala kelengkapan menyambut tetamu salji ini kena sentiasa ada tiap kali keluar rumah.. Tertinggal salah satu.. buatkan kaki tangan dan muka terpaksa bekerja keras menahan rasa sejuk yang begitu ketara..

Buat semua sahabat.. Jaga diri dan kesihatan.. musim hujan dan musim sejuk nie memang mudah terkena penyakit.. Keep warm.. and keep clean..

Cermin kereta yang masih ada baki salji..
Suasana jalan raya yang masih belum dibersihkan dari lapisan salji..
Location : Calder Street, Glasgow 
Time : 5.53am -16 December 2011


Ketulan Salji yang diketepikan
Ini memudahkan pejalan kaki bergerak dengan selamat dan selesa..
Location : Near George Street, University of Strathclyde, Glasgow
Time : 13.13pm 16 December 2011

Monday 12 December 2011

Warna & Cahaya 13



Glasgow Winter Fest 2011
Location : George Square
Dalam 3 variasi warna

Tahun ini ada Ferris Wheel..
;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin