Wednesday 30 June 2010

'Gerhana' melanda kini..

 This is my work space in the livingroom..
Beside the room next door that I had converted as my study space..
It's near the window where I can feel the fresh breeze in the morning..
or the warm bright sunshine in the afternoon..
or the cold chill wind in the evening..
or spend most of my time looking at the dark glummy night while watching tv thru out the entire year..
and it is also where I spend most of my time reading my favourite books...

I Shuddered.
Carefully, I scrubbed out the entire paragraph with my eraser and I wrote over the top:

What about Charlie? She could have been after him.

Edward was shaking his head before I finished, obviously going to downplay any danger on charlie's behalf. He held a hand out but I ignore it and started again.

You can't know that she wasn't thinking about that, because you weren't there. Florida was a bad idea.

He took the paper from underneath my hand.

I wasn't about to send you off alone. With your luck, not even the black box will survive.

That wasn't what I'd meant at all; I hadn't thought of going without him. I'd meant that we should have stayed here together. But I was sidetracked by his response, and a little miffed. Like I couldn't fly cross country without bringging the plane down. Very funny.

So lets's say my bad luck did crash the plane. What exactly were you going to do about it?

Why is the plane crashing?

He was trying to hide a smile now.

The pilots are passed out drunk.

Easy. I'd fly the plane.

Of course. I pursed my lips and tried again.

Both engines have exploded and we're falling in a death spiral toward the earth.

I'd wait till we were closed enough to the ground, get a good grip on you, kick out the wall, and jump. Then I'd run you back to the scene of the accident, and we'd stumble around like the two luckiest survivors in history.

I stared at him wordlessly.
"What?" he whispered.
I shook my head in awe. "Nothing," I mouthed.
I scrubbed out the disconcerting conversation and wrote one more line.

You will tell me next time.

I knew there would be next time. The pattern would continue until someone lost.
Edward stared into my eyes for along moment. I wondered what my face looked like---it felt cold, so the blood hadn't returned to my cheeks. My eyelashes were still wet.

He sighed and then nodded once.

Thanks.

(Eclipse; Stephenie Meyer, Page 78-80.)
It's one of my fav part in the book..
I laugh so hard when I read it the first time.
It still make me laugh each time I come across reading it ;)



Eclipse - The Twilight Saga
My favourite book from all 4 and now 3rd Motion Picture (Movie)
US, Argentina, Brazil, Egypt, Sweden Release Date : 30 June 2010
Malaysia : 8 July 2010
UK : 9 July 2010..
UK Advance screening : 3rd & 4th July 2010..

Alah.. Kenapalah UK lambat screening dari US nie..
Ok bang.. kita p tengok midnite jumaat nie ok ;)
Jom.. Jom..
Yelah aku takut nanti dedua membuta jek kat panggung wayang tuh ;)



Sunday 27 June 2010

Percayalah daku..


Semalam..

Balik dari rumah nenda Eda hampir pukul 11.30 mlm..

Sampai depan pintu umah.. selongkar-selongkar beg..

Selok sana.. selok sini.. buka zip bag.. raba sana.. raba sini..

Pelik?? Mana kunci umah nie??

Pandang belakang.. Pakwe masih parking kereta tepi jalan sementara tunggu parking kosong..

Aku patah balik ke kereta.. "Bang pinjam kunci umah.. kunci tertinggallah"

Ok.. dia bagi kunci umah dia..

Buka pintu bawah.. Naik tingkat 1.. Buka pula pintu rumah..

Terus letak kunci atas meja telefon..

Letak beg.. Letak jaket.. Letak ayam goreng tapau tadi dalam peti ais..

Salin baju.. Lepak-lepak tengok tv sat.. Solat.. dan terus masuk tidur..

ZZZZZzzzzzzzzzzzzzz... Gud nite..



Hari Ini..

Lepas sarapan pagi baki nasi lemak semalam...

Lepak-lepak sambil tengok "America Got Talent"

Buzzz!!!! Buzzz!!!! Bunyi buzzer pintu bawah.. Ada orang suruh buka pintu..

Pelik?? "Sapa lak nie.. oklah buka jelah" kata aku dalam hati

Aku tekan butang paling atas telefon khusus utk buka pintu bawah..

Intai kat lubang pintu.. "Takde lak orang naik nie.. hiss hiss mesti bebudak memain tekan buzzer nie"

Tak lama dengar orang ketuk pintu pelan-pelan jek..

Intai balik.. "Ohh pakwe den.. hehehe"

Buka pintu.. Terus p sambung tengok tv..

Tiba-tiba dia cakap..

"Mana kunci umah abg nie??"

Aku "kan letak atas meja tuh"

Dia "Mana ada?? Abg tak ambik pun"

Aku "Adalah.. nie mesti dah ambik pastu letak mana-mana nie"

Dia "Takde abg tak ambik" kali nie suara dia dah tinggi..

Aku "Adalah atas meja nie..." sambil selongkar atas meja telefon tuh yang penuh bersepah dengan kertas-kertas.. dah begang gile dah nie..

Dia "Abang takde ambik kunci tuh"

Aku "Nie mesti dah ambik.. semalam p isap rokok keluar umah guna kunci apa??? mesti dia dah ambik letak mana-mana" dengan yakin aku bersuara..

Dia "Abang tak ambik kunci tuh.."

Aku "Abis semalam guna kunci mana?"

Dia "Guna kunci lain lah.." kali nie suara dia lak yang begang..

Aku "Mana lak kunci ye hilang" Dah mula rasa bersalah tapi tetap yakin aku memang letak kunci tuh atas meja telefon..

Dia ambik kunci spare.. dan terus keluar rumah..

Aku.. Mula operasi mencari kunci..

Selongkar meja telefon tuh.. cari dalam laci atas.. cari pula dalam laci bawah.. cari juga bawah meja.. Takde..

Lepas tuh selongkar almari belakang meja telefon tuh pulak.. mana tau kot-kot jatuh tepi almari tuh.. ok takde..

Masuk bilik study.. selak-selak meja study aku.. takde..

Cari dalam handbag.. selak sana sini.. raba sana sini.. Aku jumpa kunci umah aku.. tapi kunci umah dia.. elek.. takde

Ok semalam masuk dapur dulukan.. Aku pun masuk dapur.. cari-cari atas, tepi dan dalam peti ais sekali.. Takde gak..

Muskil mana pulak pergi kunci umah nie?? Takkan terbang pulak..

Tiba-tiba dengar bunyi panggilan telefon... Tengok nama dia..

Dalam hati sebelum jawab telefon "Ah.. nape lak nie"

Aku "Nape bang"

Dia "Kunci ada nie.. dah jumpa"

Aku??? Rasa nak membebel 1000 perkataan jekk...

"Kan orang dah cakap.. dia mesti dah ambik kunci tuh letak mana-mana" terus letak tepon.. Begang ohhhh.. Begang.. penat cari kunci tadi pun tak hilang lagik tau..

Tak lama dia masuk umah balik..

Aku "Mana kuncinya??"

Dia sengih-sengih.. dah rasa bersalah ler tuh..

Dia "Mana orang ingat"

Aku "Kat mana kunci tuh??"

Dia "Dalam poket seluar" sambil raba-raba poket seluar kanan

Aku "Tulah.. Ina dah cakap.. tak caye"

Dia "Camna lak ada dalam seluar nie" cehhh... ayat nak cover ler tuh..

Aku "Aikk sendiri ambik pun tak ingat ke??? Takkan terbang lak"

Dia sengih-sengih..

Walhal tadi berkali-kali dia cakap dia tak ambik kan.. kan..

Geram jek kan... Kalau korang camna???

Nyatanya ini bukan kali pertama aku kena begini.. dah bertahun-tahun kawin.. faham sangat...

Tetiba jek rasa nak kokak.. cungiss orang jek ari nie..

Friday 25 June 2010

Senarai kebaikan


Diterima daripada email seorang sahabat

Suatu hari seorang guru meminta kepada para muridnya untuk menulis senarai nama murid di kelas itu di atas dua helai kertas, dan menyediakan tempat kosong di setiap nama. Kemudian dia meminta mereka untuk memikirkan perkara yang terbaik mengenai sahabat mereka dan menuliskannya di atas kertas itu.

Tugasan itu mengambil sepenuhnya waktu pembelajaran untuk diselesaikan, dan ketika para murid meninggalkan kelas, setiap orang menyerahkan senarai masing-masing kepada guru itu.

Pada hari sabtunya, guru itu menuliskan nama setiap murid di kertas yang terpisah, lalu menulis senarai apa yang telah dikatakan oleh murid yang lain mengenai murid itu.

Ketika waktu kelas pada hari Isnin, dia memberikan senarai kepada setiap muridnya. Tidak lama kemudian, seluruh kelas mulai tersenyum.

"Sungguh?" dia mendengar suara bisik-bisik.

"Aku tidak tahu yang aku dihargai oleh orang lain!" dan,
"Aku tidak tahu ada yang sangat menyukaiku."
Begitulah komentar yang didengar oleh guru itu.

Selepas itu tidak kedengaran lagi sebarang komen-komen tentang senarai yang disediakan oleh guru itu. Dia tidak tahu apakah murid-muridnya masih membincangkannya di luar kelas atau kepada para orang tua mereka. Perkara itu tidak menjadi persoalan padanya lagi kerana latihan itu telah tercapai tujuannya.

Dia tahu ramai murid-muridnya berasa gembira dan sangat bahagia dengan komen-komen yang diberikan dan mereka juga saling menyukai satu sama lain.

Beberapa tahun kemudian, salah seorang daripada murid itu terbunuh dalam peperangan di Vietnam dan gurunya menghadiri pengebumian murid itu. Dia tidak pernah melihat melihat keranda seorang tentera di dalam peti jenazah ketenteraan yang begitu indah sekali. Muridnya itu kelihatannya sangat tampan dan matang.

Pengebumian itu dihadiri oleh ramai teman-temannya. Satu persatu yang mengenali dan bersahabat baik dengannya menghampiri keranda jenazah itu dan memberikan salam penghormatan.

Guru itu adalah orang yang terakhir yang mengucapkan salam perpisahan.

Ketika ia berdiri di tepi keranda itu, salah seorang dari tentera yang bertugas sebagai pembawa keranda jenazah itu menghampirinya.

"Adakah kamu guru matematik Mark?" tanyanya.

Sang guru mengangguk perlahan, "Iya."

Kemudian tentara itu berkata lagi "Mark selalu bercerita tentang cikgu."

Setelah selesai majlis pengebumian, teman-teman sekelas Mark bersama-sama pergi ke jamuan ringan. Ayah dan ibu Mark ada di sana, kelihatannya mereka seolah tidak sabar untuk berbicara dengan guru itu.

"Kami ingin menunjukkan sesuatu cikgu" kata ayah Mark, sambil mengambil dompet dari sakunya.

"Mereka terjumpa benda ini pada Mark ketika ia tewas. Kami rasa cikgu mungkin tahu apakah benda ini."

Sambil membuka dompet itu, ayah Mark dengan berhati-hati mengeluarkan dua helai kertas yang sudah usang dan telah dilipat berkali-kali. Guru itu terus mengenalinya, kertas itu adalah kertas senarai kebaikan yang ditulisnya untuk Mark berdasarkan yang ditulis oleh teman-teman sekelasnya.

"Terima kasih cikgu kerana telah menghasilkan sesuatu yang cukup berharga ini" ibu Mark berkata.

"Seperti yang cikgu lihat, Mark menyimpannya sebagai salah satu hartanya yang paling berharga."

Semua teman sekelas Mark mulai berkumpul di sekeliling ibu dan ayah Mark. Salah seorang sahabatnya bernama Charlie tersenyum dengan malu-malu sambil berkata, "Saya juga masih menyimpan senarai yang sama. Senarai itu disimpan atas laci meja belajar di rumah."

Isteri Chuck pula berkata, "Chuck meminta saya untuk meletakkannya di dalam album pernikahan kami."


"Saya juga memilikinya," kata Marilyn.

"Senaraiku ada dalam buku harianku."

Kemudan Vicki, teman sekelas yang lain, mengambil buku sakunya, kemudian mengeluarkan dompetnya dan menunjukkan senarainya yang sudah kusam dan pudar kepada yang lain.

"Saya membawanya bersama setiap waktu" ujar Vicki, lalu sambungnya "Saya rasa kita semua menyimpan senarai kita masing-masing."

Pada saat itu, guru itu terduduk dan menangis. Ia menangis kerana Mark dan seluruh temannya tidak akan mungkin melihat Mark kembali.

Begitu banyak orang yang datang dan pergi di kehidupan kita dan kita tidak mengetahui bilakah hari itu akan tiba.

Jadi katakanlah kepada orang yang Anda kasihi dan cintai, bahwa mereka sangat penting dan istimewa dalam kehidupan Anda.

Katakanlah kepada mereka sebelum terlambat.

Tuesday 15 June 2010

9 tahun yang lalu

Edinburgh Castle 2009,
View from Princess Garden


Sebulan selepas peristiwa 11 September 2001, aku jejakkan kaki di lapangan terbang London Heathrow untuk transit ke kota Edinburgh. Hari itu bertarikh 11 Oktober 2001, hari ahad yang cukup berangin menandakan sudah masuknya musim gugur. Ketika itu lapangan terbang itu baru sahaja dibuka semula selepas hampir 3 minggu ditutup kerana kejadian pengeboman World Trade Centre di New York. Lapangan terbang agak lenggang kerana flight MAS dari KLIA tiba awal pagi menghampiri pukul 7 pagi. Kelihatan ramai penumpang-penumpang pelbagai bangsa berkeliaran di sana sini sekitar lapangan itu. Tidak ketinggalan juga beberapa pandangan sinis dan tajam yang kerap aku terima tiap kali melintasi golongan manusia tempatan. Ketika beratur di barisan check in penerbangan ke Edinburgh, sekali lagi kami di pandang sinis oleh beberapa penumpang tempatan (aku kira berbangsa english) namun setiap pandangan mereka aku buat endah tak endah sahaja.

Urusan semakan visa, Alhamdullilah berjalan dengan lancar. Tahun itu visa untuk masuk ke UK boleh diperolehi di kaunter Imigresen sahaja. Yang penting perlu disediakan segala dokumen utama sebagai menyokong sebab musabab kedatangan aku dan suami. Semua dokumen itu telah aku sediakan secara terperinci selepas mendapat khidmat nasihat daripada pegawai di kedutaan UK di KL. Paling utama adalah rekod pemeriksaan kesihatan dan filem X-ray yang perlu disediakan. Alhamdullilah semua itu telah kami perolehi lebih awal dan semakan status kesihatan, surat tawaran belajar, surat jaminan kewangan daripada JPA (ketika itu yang menaja pengajian masih di bawah JPA dan bukan KPT seperti sekarang). Kami diberi visa untuk tinggal di UK selama setahun hingga aku selesai pengajian Master dalam Interactive Multimedia.

Itulah pertama kali aku berhijrah dan bermastautin ke luar negara. Itulah juga kali pertama aku menaiki kapal terbang dan itulah juga kali pertama aku menjejakkan kaki ke negara lain selain negara tumpah darahku, Malaysia. Angin sepoi-sepoi bahasa yang cukup dingin menyambut kehadiran kami di lapangan terbang Edinburgh. Kelihatan banyak daun-daun berguguran di sana sini. Pokok-pokok sudah banyak yang kehilangan daunan.. Ladang-ladang gandum sayup-sayup kelihatan dari jauh. Tidak ada sesiapa yang menyambut kami di lapangan terbang. Kami datang tanpa mengenali sesiapa pun di sana. Berbeza dengan keluarga-keluarga yang datang ke Glasgow beberapa tahun ini, kedatangan disambut dan diambil (termasuklah kehadiran kami di Glasgow), penginapan sementara atau tetap telah disediakan. Itu pun ada yang masih bersunggut dan komen yang tidak sedap didengar.

Kami mengambil teksi untuk ke Heriot Watt University, Edinburgh. Penempahan penginapan telah kami buat selama 3 hari 2 malam dan kami berharap ketika itu kami mampu memperolehi kediaman tetap sekitar kampus. Kami tiba hari Ahad.. perbezaan masa yang menghampiri 7 jam antara waktu tanahair dan Edinburgh menyebabkan kami mulai rasa mengantuk pada pukul 6 petang. Kami tidur hingga keesokan harinya.. Bangun dari tidur aku jadi keliru kerana tidak pasti waktu ketika itu pukul 7 pagi atau pukul 7 petang.. Kelakar sungguh bila diingat-ingat semula.. Apatah lagi hari itu adalah hari pertama kuliah pengajian master aku.

Aku tiba lewat seminggu selepas pengajian dimulakan. Dalam kelam kabut untuk mencari jabatan 'Department of Computer & Electrical Engineering-CEE', aku temui juga jabatan itu yang bersebelahan dengan jabatan kimia. Selepas mendaftar di pejabat department, aku terus pula berjumpa dengan coordinator kursus MSc in IMM (Interactive Multimedia)-Dr Roger Rist (aku ingat pensyarah ini kerana dialah penyelia thesis semester akhir pengajian MSc aku) untuk briefing tentang kursus, kelas dan sebagainya.

Kemudian aku mula berkejaran ke pejabat International untuk urusan kediaman.. tapi malangnya kediaman untuk kelamin sudah penuh. Aku diminta untuk mencari sendiri kediaman berdasarkan iklan-iklan di surat khabar atau notis-notis iklan di sekitar kampus. Kepala sudah mula pening memikirkan urusan kediaman.. Aku hanya punya baki 1 malam sahaja untuk tinggal di asrama universiti.. Rupanya untuk memperolehi kediaman yang disewa tidaklah mudah ketika itu. Semua kediaman penuh.. kebanyakan pula diuruskan oleh agen-agen yang perlu dihubungi terlebih dahulu, kemudian ditetapkan masa untuk melihat rumah dan kemudian barulah urusan pembayaran dibuat. Semuanya mengambil masa lebih kurang seminggu. Aku sudah mula pening memikirkan kediaman sementara untuk hari-hari seterusnya. Akhirnya aku tambah masa penginapan di asrama universiti untuk tempoh seminggu lagi. Aku terpaksa menempah 2 bilik yang berbeza kadar sewaan, 1 bilik dengan kadar sewaan pelajar dan 1 bilik lagi kadar sewaan bukan pelajar (suami). Harga bilik aku separuh harga dari harga bilik bukan pelajar. Terpaksalah bayar juga ketika itu. Hari kedua kami terjumpa dengan seorang pelajar Malaysia jurusan Master kejuruteraan petroleum tajaan Petronas di pintu masuk utama Heriot Watt Uni (HWU). Setelah saling bertanya khabar berita, malamnya abang tersebut menjemput kami untuk makan malam di rumahnya yang terletak berhampiran pintu pagar utama HWU. Sebuah rumah cottage 2 bilik dengan sewaan £400+ ketika itu.

Bersama abang tersebut kami turut bersama-sama berjalan kaki mencari rumah untuk disewa sekitar kampus dan hingga membawa kami sesat barat entah kemana.. Pernah dalam perjalanan pulang selepas gagal mendapatkan rumah yang dapat di sewa.. Aku menangis kesedihan memikirkan urusan kediaman yang masih belum selesai. Pernah berhadapan dengan manusia yang memaki hamun kami semata-mata kerana ku bertudung sambil menunjukkan kasut di tapak kaki seolah-olah mahu menerajang kami. Pernah juga kami hampir di tunjuk-tunjuk dengan jari dengan maki hamun juga.. semua ini sebab peristiwa 11 september itulah.. Hanya doa mengiringi setiap perjalanan kami setiap hari.. Selalunya aku buat tak endah jek.. orang nak maki hamun ke.. nak kata apa ke.. aku tak pernah kisah.. walau dicakap sebelah telinga sekali pun sedikit pun aku takkan menoleh atau memandang pun. Lebih baik seperti itu daripada memberikan sebarang riaksi seperti pengalaman aku ketika berhadapan dengan seorang lelaki scottish yang menuding-nuding kasut di kakinya pada kami.. aku hanya menjeling buat tak tahu sahaja.. bila kami lalu di hadapannya.. dia terus malu sendiri.. tak berani pun nak memaki hamun depan kami.. dari jauh bukan main lagik.. ;)

Ketika itu kuliah pengajian sudah bermula. Kerja-kerja latihan dan tugasan di makmal komputer sudah mula aku terima. Pernah dalam antara masa pengajian itu aku sempat berlari mencari rumah.. membuat panggilan telefon dan pergi melawat rumah yang hendak kami sewa dan hampir semuanya gagal dan penuh. Kadangkala, bila kami tiba di rumah yang kami mahu lawati, terus kami dimaklumkan rumah itu telah disewakan pada mereka yang terlebih dahulu (selang beberapa minit jek) melawat rumah tersebut. Kami balik dengan hampa. Pening kepala usah dikatalah. Tapi kami gigihkan juga.

Akhirnya abang tadi mencadangkan kami menyewa sementara di rumah sahabatnya orang Brunei yang beristerikan warga jepun. Rumahnya punya 4 bilik dan dia boleh usahakan untuk meminta tolong sahabatnya itu menyewakan bilik pada kami buat sementara waktu. Alhamdullilah, kami dibenarkan untuk menyewa buat sementara waktu di tingkat atas rumah tersebut. Hampir 3 minggu kami tinggal di situ dan usaha untuk mencari rumah sendiri masih tetap diusahakan cuma kali ini tidaklah tertekan seperti minggu pertama yang lalu.

Satu hari aku terbaca iklan sebuah rumah berharga £350 sebilik berhampiran Gorgie Road yang baru sahaja diiklankan. Kami hubungi agen berkenaan dan hari itu juga kami diminta untuk terus datang ke pejabat agen berkenaan di tengah bandar Edinburgh. Pegawai itu terus membawa kami ke rumah tersebut di jalan Wardlaw Terrace bernombor 5. Rumah tingkat bawah, sebilik, dengan ruang tamu berkongsi dengan dapur. Aku terus setuju dengan lokasi dan keadaan rumah tersebut. Kedudukan yang berhampiran dengan jalan besar Gorgie Road memudahkan aku untuk ke universiti dan bandar, penuh dengan deret-deret kedai di kiri dan kanan jalannya. Paling utama rumah itu agak murah, £350 sebulan berbanding rumah-rumah lain (sebilik) kebanyakan £400 ke atas. Kembali semula ke pejabat agen tersebut terus kami menandatangani urusan penyewaan dan pembayaran deposit. Kunci rumah kami perolehi beberapa hari selepas itu.

Pada mulanya keluarga Brunei-Jepun itu sedikit terkejut bila mendapat tahu kami akan berpindah ke rumah lain. Mereka amat mengharapkan untuk kami terus tinggal bersama mereka memandangkan mereka rasa selesa dengan kehadiran kami berdua. Tapi mengenangkan aku kerap pulang lewat malam kadang-kadang melebihi pukul 12 malam kerana urusan tugasan di makmal komputer menyebabkan aku kurang selesa untuk terus tinggal di situ. Apatah lagi aku terpaksa bertudung sepenuh masa bila di rumah itu membuatkan aku rasa lebih tidak selesa. Akhirnya tawaran dia untuk terus tinggal di situ kami tolak dengan baik dengan alasan pengajian aku yang tak tentu masa.

Alhamdullilah, kami tinggal dengan selesa di rumah itu. Aku tinggal di rumah yang sama hinggalah aku tamat pengajian dengan Ijazah MSc in IMM pada penghujung bulan September 2002. Rumah itu ibarat seperti tempat pensinggahan sementara sahaja, sekadar untuk makan dan tidur.. Selain dari itu banyak masa aku habiskan di universiti dan makmal komputer. Suami pun turut menemani aku sepenuh masa. Bila aku ada kuliah dia akan tunggu aku dengan setia di kerusi malas berhampiran pejabat department.. atau kadangkala melayari internet di makmal komputer dengan menggunakan login aku.. atau sekadar bersiar-siar di keliling kampus, selalunya dia akan temani aku hingga aku selesai urusan tugasan hingga lewat malam di kampus. Apatah lagi ketika itu malam lebih panjang.. pergi dan balik ke universiti biasanya bertemankan dia. Hanya bila aku masuk ke semester 2, barulah dia mula bekerja di Balmoral Hotel di tengah bandar Edinburgh. Satu-satunya bangsa melayu yang bekerja di hotel itu. Selalu jugalah setiap kali selesai kuliah aku akan ke bandar menunggunya selesai waktu kerja pada pukul 5.30 petang. Kadang kami sekadar berjalan-jalan di sekitar taman puteri (Princess Garden) atau ke pantai portobello atau menonton wayang di Odeon Wester Hailes atau menemani aku di makmal komputer hingga lewat malam seperti selalunya.

Di CEE itulah aku berkawan dengan ramai bangsa.. sahabat-sahabat aku kebanyakannya adalah pelajar international, ada dari China, India, Iran, Iraq, Omman, Malaysia, Singapore, Scottish, English, Norway, Mexico, Iceland. Hampir pelbagai bangsa pernah menjadi ahli kumpulan tugasan kami. Aku bersahabat dengan sesiapa sahaja, Banyak juga kuliah yang kami harungi bersama. Study group bersama dengan bangsa-bangsa asing, menghafal nota, menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun lepas bersama, berdebat secara ilmiah dalam kelas-kelas e-learning (apatah lagi aku punya latarbelakang kerja dan mengendalian latihan e-learning di malaysia ketika itu) sering menjadikan aku bahan rujukan setiap kali sesi perbincangan dan pembentangan. Di situ jugalah aku mula petah berbahasa english dengan nada dan lorat english heheheh.. terbiasa kerana hampir setiap kali kuliah, pensyarah akan meminta kami membincangkan isu-isu yang telah diketengahkan. Aku sering memberikan perspektif dari sudut negara Malaysia, manakala kawan-kawan aku pula memberikan pandangan mereka pula dari sudut negara masing-masing.. malah dari sudut negara UK juga sering dibincangkan. Itu semua pengalaman.. Dari tidak pernah keluar negara seumur hidup sehinggalah tahun 2001.. Selama setahun itu aku hidup di perantauan dengan banyak pengalaman bersahabat, menuntut ilmu dan sebagainya.

Aku pulang ke tanahair pada pertengahan bulan Oktober 2002 dan kembali semula ke Glasgow pada pertengahan bulan Januari tahun 2007. 5 tahun aku kembali ke tanahair berkhidmat sebagai tenaga pengajar dan kembali melanjutkan pengajian di sini. InsyAllah aku berdoa perjuangan ini juga akan berakhir dengan kejayaan nanti hendaknya. Di permudahkan segala urusan pengajian dan kehidupan di sini.

Pada hari selasa minggu lalu aku kembali ke kampus Heriot Watt University, Edinburgh selepas mengunjungnya kali terakhir pada bulan Januari 2007 hampir 3 tahun lepas. Kali ini aku kembali bersama Mak, setiap sudut tempat dan bilik yang pernah aku lalui untuk ke tempat kuliah, makmal-makmal komputer yang pernah menjadi tempat aku menyiapkan tugasan individu dan kumpulan, tempat aku lepak untuk study untuk peperiksaan, tasik kecil yang indah laluan utama aku tiap kali aku stress atau tension dengan study.. semuanya aku tunjuk pada mak.. Menghirup udara segar dan bauan rumput, alam, tanah ketika itu membangkitkan kembali banyak nostalgia lama aku semasa berada di sana selama setahun. Alhamdullilah, akhirnya mak sampai juga ke situ, melihat tempat aku belajar 9 tahun yang lalu di Edinburgh dan kini hampir 4 tahun pula di Glasgow.


Pintu masuk utama ke Heriot Watt University

Bangunan Department CEE (Computer & Electrical Engineering)
Kini department berkenaan telah bergabung dengan school of Mathematic

Loch (tasik) dalam kampus



Rentetan kenangan ini terbit tatkala aku membawa mak ke bandar Edinburgh dan University of Heriot Watt. Di situlah aku belajar budaya asing English dan Scottish. Di situ juga aku belajar hidup suka dan duka di negara orang, bersyukur mengenali dan bersahabat dengan pelbagai bangsa serata dunia ;)

Sunday 13 June 2010

Je vous manques (I miss U) Paris


Seine river,
View from level 2 Eiffel Tower,
Paris June 2010.


"...Every exploration is an appropriation."
— Roland Barthes-

Il n'est rien de réel que le rêve et l'amour.
Nothing is real but dreams and love,
-Le Coeur innombrable, IV, Chanson du temps opportun by Anna de Noailles-


Wednesday 2 June 2010

Ku nanti dia..


Bila teringat dia, aku jadi amat rindu..
Bila dengar suaranya, aku jadi bertambah rindu..
Bila terbayang wajahnya, aku jadi lebih rindu..
Bila terkenang rindu-rindu itu..
Tiba-tiba aku mula rasa sendu..
Bila sendu mendayu..
Airmata mula mengalir pilu..

Bila ingat dia..
Mulut tersenyum gembira...
Hati ketawa ria..
Mata bergenang berkaca..
Tak sabar menunggu kujungan tiba..
Akan ku peluk erat dia..
Akan ku cium lembut pipinya..

Namun dalam ceria ada juga tangisan seketika..
Makin cepat dia tiba..
Aku juga tahu masa untuk dia pulang juga akan ada..
Berjumpa pastinya suka..
Berpisah pastinya aku duka..
Yang utama..
Aku dapat bersamanya walau hanya sekejap sahaja..
Bonda..
Aku doakan perjalananmu nanti lancar hendaknya..

Amin Yarabbal Alamin..

InsyAllah.. Mak akan sampai ke sini esok..
Excited.. dah bape hari tidur pun tak lena..
Doakan untuk dia selamat dalam perjalanan ya..

InsyAllah ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin